15/07/08
(Subject) Miss You
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: kingirl87@gmail.com
Hi Dodo,
Rindu, rindu, rindu pada Kin… Ik baru sampai ke Canterbury petang tadi. Kalau boleh Ik tak mahu balik ke sini lagi. Ik hendak bersama Kin selalu. Menyesal Ik study di sini, tidak dapat bersama Kin selalu. Kin kan tahu Ik tidak boleh belajar tanpa my best friend Dodo. Sejuk sangat pulak tu. br br… it’s winter now. I miss Malaysian’s hot weather. I miss your sweet smile. Ik terkilan with our parents’ decision, not allowing us to nikah masa cuti baru ni. Kin pun macam setuju dengan mereka. Ik mahu kita bersatu. Walau bagaimanapun Ik kena sabar…tetapi sebenarnya Ik tidak sabar hendak menanti hari bahagia kita. Setahun ialah satu masa yang sangat lama… Tak tau boleh sabar menanti…Anyway… my dear fiancée… I am going to miss you…a lot . Wait up for me….Keep in touch…
Loves and kisses,
Ikram
16/07/08
(Subject) RE: Miss You
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Hi Budak gemuk,
Kin sudah mula daftar untuk semester baru. Semester ini Kin akan buat penyelidikan untuk tesis. Ikram kena buat project paper ke untuk tesis tahun akhir? Jangan lupa belajar bersungguh. Tahun ini tahun akhir.
Ik janganlah simpan rasa marah dengan Kin. Kin pun tidak sabar menunggu untuk kita bersama, tetapi biarlah kita habis belajar dulu, Selepas tu, kita akan bersama selamamnya. Kedua ibu bapa kita sudah janji akan mengawinkan kita sebaik sahaja Ik balik dari Canterbury. I miss you too.
Wassallam dari your loving fiancee
Kingirl87
2/09/08
(Subject) Pergi Queenstown
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Dear Dodo darling,
Ik akan pergi Queenstown for the long weekend. Jangan jealous, we are going skiing in the mountains. I will send photos to you.
Ikram
03/09/08
(Subject) RE:Pergi Queenstown
From: Kingirl87@gmail.com
To: Ikram87@canterbury@edu.nz
Hi Budak gemuk, bagus juga, exercise sikit, supaya semua lemak-lemak tu jangan datang balik. Ramai ke yang pergi? Jaga diri Ik baik-baik.
Wassallam
Kingirl
15/09/08
(Subject) RE: RE: Pergi Queenstown
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Dodo,
Attached the photos taken during our visit to Queenstown. There 6 of us, Julie, Hazeril, Syafiq, Danial, Kat and Lucy.
Ikram.
16/09/08
(Subject) RE: RE: Pergi Queenstown
From: Kingirl87@gmail.com
To: Ikram87@canterbury@edu.nz
Assalamualaikum Budak gemuk,
Cantiknya Queenstown, tentu seronok Ikram di sana. Cantik gambar gambar yang Ik hantar.
Kin nak cerita sikit. Tadi ada junior tackle Kin di perpustakaan. Boleh tahan juga orangnya tapi bila dia terlihat cincin di tangan Kin, terus dia tak jadi. Lawakkan?
Umi dan Abah kirim salam. Ik apa kabar, lama tidak kirim email. Sibuk ke?
Wassallam
Kingirl87
15/12/08
(Subject) North Island
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Dear Kin,
I will be going away to North Island for the summer holidays. Not be able to contact you for quite sometime.
Ikram Shaari
05/03/09
(Subject) Lama tak dengar berita
From: Kingirl87@gmail.com
To: Ikram87@canterbury@edu.nz
Hi Budak gemuk,
Sibuk sangat ke? Sejak masuk new semester ni, sudah lama Ik tak kirim berita. Nak YM pun selalu tak ada. Ik buat tesis dashyat sangat ke? Sampai tak ada masa. Jangan lupa nak makan. Nanti kurus pulak budak gemuk kesayangan Kin. Emak dan Abah Ik datang semalam berbincang pasal hal kita. Ik nak tau apa yang dia bincang tak? Apa lagi pasal kenduri kita nanti.
Anyway Kin akan sibuk sikit. Kin pun tahu Ik sibuk, masing-masing hendak siapkan tesis. Kin tak kacau Ik selalu… Good Luck. Jangan lupa belajar sungguh-sungguh.
Wassallam.
Kingirl 87
13/04/09
(Subject) Hi
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Hi Dodo,
Been very busy. . I got stuck a litle bit with my project. I can’t wait to get back to Malaysia so I can see you.
Ikram
25/05/09
(Subject) Our wedding day
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Hey budak gemuk Lama betul tak ada berita. Kali terakhir Ik email bulan April hari tu. Tengah periksa ke akhir tahun ke? Ik sudah siapkan kertas projek ke belum? Harap-harap Ik boleh selesaiakan masalah Ik dengan projek tu.
Kin sudah siap tesis, Kin, sudah hantar dan sudah viva pun, Lecturer Kin kata boleh dapat A.
Exam Kin baru habis. Tough sangat, neeway semua dah selesai. Kin akan balik rumah emak besok. Tamat lah kehidupan Kin di kampus ini. Kin akan merinduinya. Tetapi tidak serindu Kin pada budak Gemuk.
Kin ingat nak gi program khidmat masyarakt dengan kawan-kawan tapi umi tak bagi. Suruh balik cepat, banyak persiapan yang nak dibuat, nak buat bunga telur, bunga pahar. Kin suruh suruh beli aje. Dia tak nak, tak cantik. Umi nak buat sendiri, lagi spesial, tapi Kin yang kena buat. Tapi tak pe budak gemuk punya pasal. Kin sanggup buat apa sahaja.
Hari ini Kin. emak dan emak Ik pergi ke wedding planner, pilih warna dan konsep untuk majlis kenduri nanti. Ik hendak tengok tak. Kin attach brochure bersama email ni. Pilih yang mana ik suka.
Dengar citer emak Ik pun sibuk buat persiapan untuk hari perkawinan kita nanti. Bila tarikh sebenar Ik sampai sini? Boleh Kin siap kompang utk Ik di KLIA nanti.
Jangan lupa balas email Kin, Kin attach gambar baju nikah dan bersanding. Pilih mana yg Ik berkenan. Dan bagi exact measurement. Minta-minta Ik masih saiz yang sama semasa cuti tahun lepas. Kalau gemuk balik. Susah nanti.
Kin tidak sabar menunggu kepulangan Ik dan menanti hari bahagia kita. I love you...
Loves and kisses
Nurul Asyikin
*****************************************
Syikin menutup komputernya, setelah menghantar email kepada Ikram. Sekarang ini sudah larut malam, tetapi di New Zealand baru pukul tujuh malam, harap-harap Ikram akan menerima emailnya dengn segera. Mesti Ikram gembira menerima berita tentang persiapan perkahwinan mereka. Sudah lama juga Syikin tidak mendapat berita dari Ikram, walaupun semua kemudahan seperti email dan internet boleh digunakan untuk berhubung.
Mungkin Ikram begitu sibuk menyiapkan kertas projeknya. Agaknya dia juga sibuk dengan peperiksaan akhirnya? Biarlah Ikram bekerja keras. Syikin tidak mahu menganggu sangat Ikram dengan kiriman-kiriman emailnya. Syikin juga begitu sibuk sebelum ini untuk menyiapkan tesisnya dan juga menghadapai peperiksaan akhirnya. Syukur semuanya telah selesai. Lega rasanya. Dia telah menghabiskan 18 tahun dari hdupnya dengan belajar, dari tadika pada umur 5 tahun sehinggalah keluar dari university sekarang ini pada umurnya 23 tahun. Lebih dari satu pertiga dari hidupnya dikhaskan untuk mencari Ilmu. Selepas ini Syikin berhajat akan berehat sebentar dari mempelajari apa-apa pun.
Kemudian Syikin tersenyum sendiri dan berkata sendirian.
“Mungkin satu sahaja lagi yang kena belajar.”
Satu lagi perkara yang Syikin kena belajar, ialah belajar memasak, kerana dia akan menjadi seorang isteri tidak lama lagi. Syikin tersenyum gembira. Teringatkan Ikram, Ikram yang dahulunya kuat makan dan gemuk. Ikram begitu berselera sekali bila makan makanan masakan melayu. Syikin teringat hari pertama di sekolah menengah, di mana dia kena duduk sebelah budak lelaki yang gemuk dan besar. Syikin ingin duduk di sebelah kawan perempuannya tetapi cikgu kelasnya telah menyusun tempat duduk mengikut suka hatinya sendiri dan tidak membenarkan murid-murid menukar tempat duduk lagi.
Syikin marah dengan Ikram dan asyik memanggil Ikram ‘Budak Gemuk’. Tetapi Ikram diam sahaja dan bersabar dengan karenah Syikin kerana Syikin budak popular dan cantik sejak dari sekolah rendah lagi. Tetapi akhirnya Ikram dapat membalas dendamnya pada hari itu juga. Pada waktu akhir sebelum tamat sesi persekolahan, Guru sains masuk dan mula mengajar sedikit pengenalan tentang kepelbagaian spesies haiwan.
“Ini burung Dodo, burung dodo ini dikatakan burung yang paling bodoh dalam dunia, sebab otaknya terlalu kecil, kini ia mengalami kepupusan. Di zaman ini kamu tidak akan temui burung dodo lagi.”
Ikram mengangkat tangan sambil berkata. “Ada cikgu, saya ada jumpa cikgu.”
“Iy ke.” Terkejut cikgu Sains tersebut mendengar kata-kata Ikram yang nampak begitu yakin sekali.
“Betul ke? Di mana kamu jumpa?” Dia cuba menduga Ikram
“Ni, yang duduk sebelah saya ni.”Kata Ikram sambil tersenyum.
Semua murid-murid lain ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Ikram. Syikin begitu marah sekali dengan Ikram. Sejak dari itu sehingga sekarang ini, Syikin memanggil Ikram, Budak Gemuk, manakala Ikram memanggil Syikin, Dodo.
Setiap hari mereka bergaduh dan berlawan lidah sehingga pada satu masa mereka mulai sedar apabila salah seorang tidak hadir, tidak lengkap rasanya hari itu. Semasa dalam tingkatan satu itu, permusuhan mereka menjadi satu persahabatan yang begitu akrab sekali. Sehingga ke tingkatan lima mereka masih lagi duduk bersama di dalam semua kelas.
Apabila Ikram naik ke tingkatan tiga, perubahan ketara belaku ke atas dirinya, dia jadi semakin tinggi, suaranya bertukar garau dan badannya mula kurus. Tiba-tiba dari budak gemuk yang pendek, Ikram menjadi seorang remaja lelaki yang tinggi, kurus dan kacak. Syikin tidak sedari sahabat baiknya telah menjadi tarikan ramai murid perempuan lain, sehingga dia terpaksa jadi posmen untuk kirim salam kepada Ikram. Lama-kelamaan timbul rasa cemburu di hatinya apabila Ikram menjadi rebutan ramai murid-murid perempuan di sekolahnya. Syikin tidak sangka yang sayangnya kepada sahabat baiknya telah bertukar menjadi cinta. Syikin agak malu dengan perasaannya itu. Dia cuba menyembunyikan perasaannya itu dari Ikram sehingga satu hari semasa mereka berada di dalam tingkatan lima, tiba-tiba Ikram terlepas cakap. Mereka berbual selepas menghadiri taklimat hari kerjaya di sekolah.
“Selepas ini Dodo, hendak pergi belajar kat mana?”
“Masuk Universitilah, mana lagi. Kenapa Budak gemuk tak mahu masuk Universiti ke?”
“Hendak, tapi hendak sama dengan Dodo, kalau tidak nanti Ik tak boleh belajar.” Katanya dengan begitu tulus dan ikhlas sekali.
Syikin melihat wajah Ikram yang sudah terserlah kekacakannya itu lalu berkata dalam hatinya, “kalau tidak ada jerawat, lagi hensem agaknya Ikram ni.”
“Ik tidak boleh kalau tak ada Dodo, Nanti Ik tak boleh belajar. Janji kita minta masuk universiti yang sama.”
Syikin mengangguk setuju, dia pun rasa begitu juga. Mulai dari pengakuan ikhlas dari Ikram, mereka telah menjadi pasangan yang serious sehingga ke hari ini. Walaupun selepas SPM meeka terpisah juga walaupun tidak begitu jauh kerana Syikin dapat masuk ke UITM Shah Alam, manakala Ikram lebih bernasib baik mendapat biasiswa Mara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ikram belajar di Kolej Persediaan Mara Shah Alam selama dua tahun. Selepas itu baru mereka betul-betul berpisah jauh selepas Ikram berlepas ke New Zealand tiga tahun yang lalu.
Sukar bagi Syikin dan Ikram melalui tahun-tahun itu dalam keadaan berjauhan. Nasib baik Internet dan email menjadi penyambung kasih yang setia. Kadang-kala tidak terasa seperti mereka jauh berpisah kerana kemudahan perhubungan itu. Semasa berhubung, Syikin yang banyak bercerita, dan Ikram sebagai lelaki yang macho, hanya ringkas ceritanya .
Ikram balik bercuti setelah dua tahun dia pergi ke New Zealand. Ketika itu, dia sudah agak berubah. Dia bagaikan sudah tidak boleh berpisah jauh lagi dari Syikin. Dia begitu mendesak agar mereka berkawin pada masa cuti itu juga tetapi kedua ibu bapa mereak tidak membenarkan mereka berkawin. Mereka dinasihatkan agar menghabiskan pengajian dahulu. Pujukan demi, pujukan, akhirnya jalan tengah telah dipersetujui, Kedua ibu bapa mereka bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan antara Syikin dan Ikram..
Ikram pulang ke New Zealand dengan kecewa, dia berharap sangat agar dapat bernikah dengan Syikin. Menurut Ikram dia terlalu sayangkan Syikin, sudah tidak sabar menunggu waktu di mana mereka akan habis belajar dan baru itu hendak diijab kabulkan. Menurutnya cubaan di negara orang terlalu besar buat dirinya. Syikin memujuk agar Ikram bersabar. Syikin pun tidak sabar menanti hari bahagia di mana mereka akan disatukan. Walau bagaimanapun Syikin sependapat dengan kedua ibu bapa mereka, agar mereka menunggu sehingga Ikram habis belajar, baru mereka di ijabkabulkan. Lagipun bukannya mereka akan bersama pun jika sudah menikah. Ikram di Canterbury University New Zealand, Syikin di UITM, Malaysia. Bukan boleh jumpa pun. Lebih baik mereka menamatkan pengajian Ijazah Sarjana muda masing-masing, baru mereka kawin. Lagipun Cuma tinggal setahun sahaja lagi. Sebaik sahaja Ikram pulang mereka akan diterus diijab kabulkan. Persiapan untuk majlis perkawinan itu itu sedikit demi sedikit telah mula dibuat oleh ibu bapa Syikin dan juga ibu bapa Ikram. Maklumlah masing-masing hendak menyambut menantu pertama.
Akhirnya penantian mereka sudah hampir ke penghujungnya. Syikin sudah pun tamat pengajiannya. Bulan Julai nanti, dia akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dan Ikram sepatutnya pulang bulan Julai ini juga selepas menerima Ijazah kejuruteraaannya. Semuanya nampak begitu sempurna, semua kena pada tempatnya. Syikin tidak menyangka begitu sempurna sekali hidup yang ditempuhinya. Dia dan kawan baiknya, Dodo dan Budak gemuk, jatuh cinta dengan satu sama lain. Syikin begitu cinta dan sayangkan Ikram. Sepanjang hidupnya dia hanya nampak Ikram sahaja. Ikramlah seluruh hidupnya. Berdebar-debar Syikin menanti hari yang bahagia itu. Kadangkala dia rasakan dialah manusia yang paling bertuah sekali di dalam dunia ini kerana mendapat pasangan seperti Ikram, sama-sama berpeluang belajar di universiti, kini masing-masing akan tamat pengajian dengan berkelulusan tinggi. Percintaan mereka pula mendapat restu dari kedua ibu bapa mereka. Tidak apa lagi yang dia minta, semua dalam hidupnya begitu sempurna sekali seperti dalam cerita ‘Fairy Tales”.
********************************************************
Syikin baru pulang dengan uminya, mereka pergi membeli barang-barang untuk membuat bunga telur dan bunga pahar dari Nilai Tiga. Warna tema untuk kenduri perkawinan di rumah Syikin ialah warna ungu dan ibu Ikram pula memilik warna merah hati. Jadi semua barangan yang mereka beli hari ini di Nilai Tiga berwarna ungu, padan dengan warna tema pada hari kenduri itu nanti.
Syikin segera membuka suis komputernya, ingin menghantar email kepada rakan-rakannya yang masih ramai belum di kesan. Ada rakan yang mencadangkan Syikin mencari melalui facebook. Dia segera hendak berbuat demikian, kerana tidak punya masa lagi hendak menjemput kawan-kawannya ke majlis kenduri kawinnya itu.
“Eh! Ada email ..dari Ik.” Syikin begitu gembira, Akhirnya Ikram sudah berpeluang mengirim email Seronoknya Syikin hari ini. Dia lantas membuka email dan terus membacanya…..
2/06/09
(Subject) I am Sorry….
From: Ikram87@canterbury@edu.nz
To: Kingirl87@gmail.com
Assalamualaikum Syikin,
Ikram berharap agar Syikin tidak terlalu terkejut dengan berita yang Ikram hendak sampaikan ini. Maafkan Ikram kerana tidak dapat menunaikan janji Ikram. Untuk pengetahuan Syikin, Ikram telah pun melangsungkan perkawinan Ikram dengan Julia. Ikram tahu dengan berita ini akan membuat Syikin terkejut dan sedih. Tetapi Ikram tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Ini adalah yang tertulis antara kita. Rupanya kita bukannya ditakdirkan untuk dijodohkan bersama.
Harap Syikin boleh sampaikan kepada ayah dan bonda Ikram yang Ikram tidak akan pulang ke Malaysia pada bulan Julai ini. Ikram akan terus berada di sini sementara Julia menghabiskan pengajiannya.
Maafkan Ikram keranan tidak dapat menunaikan janji Ikram kepada Syikin. Ikram berharap satu hari nanti Syikin akan dapat memaafkan Ikram di atas perbuatan Ikram ini.
Yang Benar
Ikram Shaari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hi..cerita ni ada dibukukan ke?kalau ada nak beli laaa..best cerita ni..ehehehe..
sianya ikin..
harap enovel ni d bukukan..
best2
Salam sis nak tanya cerita ni dah di bukukan?
Post a Comment