Post Icon

Bab 3


Bab 3
"Syikin, boleh Umi masuk?"

Umi mengetuk pintu bilik Syikin. Syikin mendiamkan dirinya, Syikin malas untuk membuka pintu biliknya. Nanti macam-macam yang Umi hendak suruh Syikin lakukan, Padahal dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa pun.
Umi suruh Syikin pergi jumpa kawan-kawannya. Umi suruh Syikin ikut dia keluar membeli belah. Umi suruh Syikin cari kerja. Umi suruh Syikin buat seribu macam benda lagi. Tetapi satu pun Syikin tak buat. Syikin tahu Umi risau tengok Syikin, Syikin asyik duduk rumah sahaja sejak beberapa bulan yang lalu. Kawan-kawannya ramai yang sudah mula mendapat kerja tetapi nampaknya Syikin tidak berbuat apa-apa untuk meminta kerja. Dia cuma duduk dalam biliknya sahaja.

Sedih Umi melihat anak gadisnya semakin hari semakin pudar, tidak ada serinya langsung. Padahal, sebelum ini Syikin bukan begini orangnya, Syikin ceria dan gembira orangnya. Umi rindukan gelak ketawa Syikin. Syikin nampaknya sudah hilang semangatnya. Setiap hari dia duduk dalam biliknya, termenung sendirian.

Umi tidak sangka Syikin boleh hilang semangatnya sampai teruk begini. Kehilangan Ikram sebagai tunangan dan juga kawan baiknya, merupakan tamparan begitu hebat kepada Syikin.

"Syikin, buka pintu nak." Pujuk Umi lagi. Syikin pelik dengan Umi, begitu sabar dengan karenah Syikin, tidak pernah menaikkan suaranya pada Syikin. Setiap hari Umi cuba menarik Syikin agar keluar dari kemurungannya itu dengan penuh kesabaran. Umi terus memnaggil-manggil nama Syikin dengan lembut. Lama kelamaan Syikin bangun dan membuka pintu biliknya. Syikin terus baring kembali dikatilnya. Umi menghampiri Syikin dan duduk disebelahnya.

"Kin, takkanlah Syikin sampai hilang semangat Syikin langsung. Syikin kena percaya dengan ketentuan dan kebesaran tuhan, Umi tahu ada rahmat disebalik semua ini.

"Umi asyik cakap ada rahmat-ada rahmat, ada rahmat di sebalik semua
ini. Umi tau tak bagaimana perasaan Syikin selama ini. Umi tak tahu pedihnya hati Syikin ini? Selama ini, hati Syikin hanya untuk Ikram, Syikin tidak pernah memandang sesiapa pun, Syikin belajar dengan tekun berusaha bersungguh untuk menghadapi peperiksaan, semuanya sebab ada Ikram.

“Umi tahu perasaan Syikin. Umi dapat rasakan penderitaan Syikin."

“Mana Umi tahu, Umi tak mungkin tahu perasaan Kin. “

“Umi tahu Kin.”

"Mana Umi tahu, Umi tak mengalaminya?"

“Syikin ingat Umi tidak pernah muda? Umi tidak pernah tahu macamana rasanya jatuh cinta? Syikin ingat Umi tidak pernah rasa kecewa ?” Tanya Umi dengan lembut.

“Umi selalu cakap abah, cinta umi yang pertama. Bila masa umi pernah kecewa? Umi berkahwin dengan abah kan? Bila masa umi kecewa. Macamana Umi kata Umi tahu macamana perasaan Kin sekarang?” Sanggah Syikin lagi.

“Memang abah , my first love, Dan akhirnya Umi dapat berkahwin dengan abah, tapi yang Umi tak pernah cerita yang Umi dan abah pernah berpisah selama beberapa tahun. Pada masa itu Umi ingat Umi sudah kehilangan cinta abah.”

Syikin agak terkejut dengan kata-kata Umi. “Umi pernah berpisah dengan abah? Umi tak pernah cakap dengan Kin pun.”

Umi mengangguk kepalanya .

“Memang Umi tak pernah cerita tentang itu, kalau Umi cerita nanti Syikin akan tanya pasal hal-hal lain, kenapa Umi dan abah berpisah, angkara siapa abah dan lain-lain lagi. Lagipun itu semua cerita lama. Lagipun Umi bahagia sekarang. Umi tak mahu ungkit kisah lama.”

“Apa yang berlaku?”

“Okaylah Syikin sudah besar dan mungkin boleh faham.”

“Masa umi dan abah mula-mula bercinta dulu, nenek dan atuk tidak setuju. Mereka suruh abanh putuskan hubungan dengan Umi. Mereka sudah ada orang lain yang hendak dikahwinkan dengan abah, saudara abah juga.”

Pertama kalinya setelah berminggu-minggu berlalu, Syikin berfikir pasal hal lain selain dari peristiwa malang yang menimpa dirinya. Umi pernah mengalami kekecewaan dalam bercinta? Syikin tidak pernah tahu tentang itu. Ini sesuatu yang baru bagi Syikin. Bulat matanya memandang wajah Umi. Selama ini matanya yang bengkak kelihatan begitu kuyu sekali.

“Apa yang terjadi Umi?”

“Umi dan abah berpisah, Umi tidak mahu abah jadi anak derhaka.”

“Selepas itu, macamana Umi jumpa abah balik. Abah jadi kahwin dengan saudara dia tu ke? Kenapa Syikin tak tahu pun?”

“Kami tak beritahu apa-apa pun yang berlaku pada Syikin, Nazmi, adik Naufal dan Naim.” Nazmi ialah adik lelaki Syikin yang sedang belajar di Matrikulasi Kulim sekarang ini.

“Apa yang jadi Umi, abah kahwin dengan saudara dia ke? “ Syikin mula terfikir, adakah jalan cerita Umi macam cerita dirinya juga.

Umi mengelengkan kepalanya, “Tidak sayang, Abah tidak mahu berkahwin dengan saudaranya. Saudaranya juga tidak mahu berkahwin dengan abah, dia sudah ada pilihan dia sendiri. Kami cuma bawa diri masang-masing. Pergi bawa hati, pergi sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, bekerja dan tiba-tiba telah ditakdirkan Umi dan abah bertemu semula di tempat kerja.”

“Oh!” Syikin ingat Umi kahwin dengan abah walaupun abah sudah berkajwin, dengan ini dia ada harapan untuk bersatu lagi dengan Ikram.

“Kenapa, Kin ingat cerita Kin macam Umi?” Tanya Umi, Umi begitu tajam pemerhatiannya.

Syikin terdiam.

“Kenapa? Kalau Ikram mahu, Syikin mahu ke kahwin dengan dia walaupun dia sudah kahwin dengan Julia?” Umi bertanya Syikin.

Sebenarnya, Syikin selalu terfikir tentang itu. Berkali-kali dia membuka email, mengharap agar Ikram ada menghantar email padanya, menyesal dengan apa dia lakukan, telah memutuskan pertunangannya dengan Syikin.  Syikin angan-angankan yang Ikram mohon Syikin kembali kepadanya, dia menyesal mengahwini Julia. Itulah harapan dan impian Syikin. Ikram kembali kepadanya. Tetapi lain soalan yang Umi tanya, hendakkah Syikin berkahwin dengan Ikram, walaupun dia sudah berkahwin? Syikin tidak akan sanggup dimadukan begitu. Tidak! Dia tidak boleh terima keadaan itu.

Syikin mengelengkan kepalanya.

“Tak mahu kan? Sekarang Syikin kena redha dengan apa yang telah berlaku. Syikin bukan ditakdirkan untuk dijodohkan dengan Ikram. Walaupun Kin begitu sayang sangat dengan Ikram, kadang-kala bercinta bukan semestinya bersama. Kin dengarlah cakap Umi, Kin kena reda. Ada rahmat disebalik semua ini Kin.”

“Umi bolehlah cakap macam tu, Umi kahwin juga dengan abah.”

“Tujuan Umi bercerita pada Syikin bukan hendak menyakitkan hati Kin, Umi hendak beritahu, Umi juga pernah menderita akibat bercinta, Kin jangan kata umi tak tahu perasaan Kin, Umi tahu apa yang Kin lalui, Umi ingat abah sudah berkahwin selama Umi berpisah dengan abah tetapi Umi menguatkan diri Umi dan serahkan semuanya pada Allah.”

“Rupa-rupanya Umi ditakdirkan ada jodoh dengan abah juga, rupanya nenek dan atuk juga mula sedar kesilapan mereka. bila umi berkahwin dengan abah, Umi mendapat restu mereka. Itu yang umi kata ada rahmat disebalik apa yang berlaku. “

Syikin tahu Umi bercakap benar, Syikin tahu nenek dan atuk begitu rapat dengan Umi. Sekarang bila atuk sudah meninggal dunia, nenek duduk dengan umi dan abah walaupun nenek ada anak-anak yang lain. Nenek serasi tinggal dengan Umi dan abah. Malahan Umi yang banyak melayan karenah nenek berbanding dengan abah.

“Jadi, apa yang Umi hendak beritahu Syikin sebenarnya, lupakan Ikram?”

“Tidak Syikin, Umi nasihatkan Kin supaya redha dengan apa yang berlaku. Syikin tidak boleh duduk berkurung dalam bilik ini selama-lamanya. Syikin ada kehidupan Syikin yang harus dihadapi. Syikin hendak kerjakah? Hendak sambung belajar kah? Syikin tak boleh duduk dalam keadaan begini seterus-terusnya. Kin ada tanggungjawab pada Umi, abah, nenek, adik-adik yang perlu dilakukan.”

“Tapi Umi, Kin sayangkan Ikram!”

“Kalau Kin sayang, lepaskan dia, let him go… if he is meant for you, he will be back. Tidak kira bila pun he will be back. Percayalah kepada takdir yang tuhan tentukan. Just let go. Live your life again.” Pujuk Umi, akhirnya Syikin dapat menerima kata-kata Umi itu, walaupun Umi telah mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuka mata dan hati Syikin agar menerima ketentuan Allah dengan sabar.

“Baiklah Umi, Syikin akan cuba. Kin akan cuba, Umi.” Jawab Syikin, sedar dia begitu menyusahkan umi dan abah. Syikin kagum dengan kesabaran Umi selama ini, dia tidak pernah marah Syikin dan membiarkan Syikin berkabung sekian lama. Sedikit demi sedikit Umi memberinya nasihat.
Umi memeluk Syikin dengan erat. Lega akhirnya Syikin berjanji mahu mencuba untuk memulakan hidupnya tanpa Ikram.


Sukar Syikin hendak memulakan kembali hidupnya, setelah selama tiga bulan dia hidup macam zombie. Umi menasihatkan Syikin mengambil langkah-langkah kecil, tidak perlu terburu-buru. Syikin hendak mulakan dengan keluar dari tempt dia mengurungakn dirinya selama ini. Sebelum itu Syikin telah mengumpulkan semua gambar-gambar dia dan Ikram, barang-barang yang akan membuat dia mengenangkan kembali kepada Ikram, dimasukkan ke dalam kotak, Syikin minta Umi buat apa yang patut dengan kotak itu. Syikin tidak mahu tahu.

Perjalanannya untuk pulih begitu sukar, sakit dan berjalan begitu perlahan sekali, kadang-kala, dia tewas dengan dirinya sendiri, kesepian melanda dirinya, dia mula teringatkan Ikram dan mula menangis kembali. Kemudian Syikin mencuba balik untuk melepaskan Ikram pergi. Umi kata tidak mengapa jika Syikin gagal, tetapi Syikin jangan gagal mencuba dan terus mencuba, lama kelamaaan Syikin akan berjaya, melepaskan Ikram dari ingatannya, melepaskan kenangannya dengan Ikram, meredhakan apa yang berlaku, memberitahu dirinya sendiri, mungkin ini yang terbaik untuk mereka. Syikin ambil kata Umi, mungkin ada rahmat di sebalik semua ini. Redhakan Ikram,  telah mengambil yang lain selain dari dirinya. Relakan Ikram pergi dari dirinya.
******************************
Syikin sedang melayari internet. Dia sedang mengemaskini resume di dalam jobstreet.com, Syikin telah mencuba beberapa kali untuk meminta kerja. Tetapi dia belum begitu bernasib baik lagi. Ada juga kawan-kawan Syikin yang sudah mendapat pekerjaan, Ada yang dapat tawaran untuk mendapatkan Diploma Pendidikan, bila mereka dapat diploma nanti, mereka boleh jadi guru. Syikin ingin mencari kerja lain dahulu, Mungkin kalau sampai tahun depan dia masih belum dapat pekerjaan lagi, Syikin akan cuba memohon untuk mendapatkan Diploma Pendidikan.

Sementara menunggu mendapat pekerjaan, Syikin hanya duduk di rumah. Bila Umi dan abah pergi kerja, Naufal dan Naim ke sekolah, Syikin akan tinggal dengan nenek. Syikin akan menemani nenek agar nenek tidak kesepian. Syikin tidak perlua sibuk-sibuk buat kerja rumah kerana semua kerja rumah  dilakukan oleh bibik.

Syikin harap sangat dia mendapat pekerjaan secepat mungkin. Jika dia sibuk dengan kerja nanti, dia tidak ada banyak masa untuk teringatkan Ikram. Iya! Syikin sebenarnya masih belum melupakan Ikram, walaupun dia cuba tidak tunjukkan kesedihannya itu. Demi umi, abah dan adik-adik Syikin kena kuatkan dirinya. Tetapi kadang-kala dia kalah dengan azamnya itu dan dia akan mengimbau kenangan lama. Syikin akan cuba sedaya melupakan Ikram. Ikram sudah meluapkn Syikin, Sejak mengirim email yangterakhir itu, Ikram tidak pernah menghubungi Syikin lagi.


Manakala ibu bapa Ikram pula, pernah datang sekali lagi ke rumah Syikin, bukan untuk bertemu Syikin atau atau hendak menunaikan janjinya untuk mengahwinkan Syikin dengan Ikram juga. Tetapi untuk memulangkan semua barang-barang hantaran pertunangan yang Syikin telah berikan kepada Ikram. Syikin ingin memulangkan kembali barangan hantaran yang Ikram berikan kepadanya seperti cincin, sepasang baju, kasut barangan make-up, dan juga duit hantaran. Tetapi emak Ikram tidak mahu menerimanya, menurut emak Ikram, Ikram yang enggar janji. Dengan yang demikian, pihak perempuan berhak menyimpan barangan hantaran dan duit hantaran itu.

Sekali lagi Syikin kalah dengan azamnya untuk melepaskan kenangan Ikram pergi. Lupakan, lupakan Ikram. Apabila amelihat barang-barang hantarannya di pulangkan semula, membuat dia rasa sedih. Syikin tidak mahu barang-barang itu balik, Syikin juga tidak mahu menyimpan barang-barang yang Ikram berikan kepadannya. Malam itu, Syikin jadi murung balik, kemudian dia mengamuk, mencampak-campak barang hantaran itu. Syikin suruh Umi buang sahaja semua barang-barang itu. Dia tidak mahu lihat barang-barang itu lagi.


Abah naik risau tengok perangai Syikin, Syikin seorang yang lembut, kenapa dia berperangai sedemikian rupa.

“Sabar abang, dia melalui proses pemulihan, bukan senang, Insya allah selepas ini dia akan baik sedikit demi sedikit.” Abah memandang sahaja umi, di mana dia dapat kesabarannya itu abah pun tidak tahu. Kadang-kala abah hendak marah juga dengan Syikin. Anginnya tidak menentu sekarang ini. Adakalanya dia baik sahaja, adakalanya dia mula naik radang, tidak pun dia mula mengurung dirinya dalam bilik. Belum sekali abah lihat umi memarahi Syikin, malah berlembut sahaja dengan dia.

Setelah habis mengemaskini resumenya Syikin sembahyang asar, kemudian dia keluar dari bilik dan duduk di meja makan. Kejap lagi nenek akan keluar dari bilik tidurnya, nenek selalunya tidur selepas makan tengahari, kemudian bangun untuk sembahyang asar. Selepas itu dia keluar dari biliknya untuk minum petang bersama minum petang Syikin, abah dan Umi, yang akan balik dari kerja sekejap lagi.

Tidak lama kemudian kereta abah sudah sampai di rumah, Umi dan abah berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Syikin mencemburui mereka, mereka berdua begitu memahami antara satu sama lain dan nampaknya sangat menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka sudah meningkat usia.
Mereka duduk menikmati minuman petang. Bibik telah mengoreng pisang abu yang di ambil di belakang rumah.

“Sedap betul pisang goring yang di makan panas-panas begini.” Seru Umi sambil tersenyum. Syikin hanya mengigit sedikit demi sedikit sahaja. Dia bukannya berselera untuk makan. Sejak beberapa bulan ini,  dia telah hilang selera makan.  Badannya begitu kurus sekarang ini.    Umi, abah dan nenek makan dengan berselera sekali pisang goreng panas-panas itu.   Tiba-tiba telefon berbunyi, belum sempat Syikin bangun, Umi sudah bangun dan menjawap panggilan telefon itu.

“Iya ke,”

“ Tak pun.”

“Tak mengapalah. Bukan jodoh mereka.”

“Biarlah, anak menantu mereka juga.”

Syikin cuba menangkap biji butir pebualan Umi. Syikin rasa-rasa macam sedang bercakap tentang dia dan Ikram. Umi cuba bercakap seperlahan yang mungkin tetapi telinga Syikin dapat menangkap nama Ikram disebut. Syikin meminta dirinya untuk naik ke biliknya,  dia bangun dan naik ke atas.  Di ruang keluarga di atas ada sebuah lagi telefon. Syikin mengangkat gagangan telefon dengan perlahan dan mendengar perbualan Umi.

“Mula-mula hari tu kata, tak nak terima lah menantu dia tu, tak sukalah, macama-macam lagi. Tapi rupa-rupanya menantu dia, siapa namanya, Julia, anak orang kaya, ada business besar di New Zealand. Bapa Julia sponsor satu family dia orang untuk pergi New Zealand jumpa menantu baru dia tu dan keluarga bisan dia. Sekarang ni dah tukar tune dah. Asyik puji menantu dia tu, lawa, kaya, pemurah hati, bukan macam awak Hajah, berkira, nak buat kenduri pun berkira-kira, bunga telur pun hendak buat sendiri...Dia cakap macam tu..”

“Iyalah, iyalah. Tak mengapalah. Biarlah dia. Itu rezeki dia orang.” Umi cakap dengan baik sekali. Berderau darah Syikin mendengar perbualan telefon itu.

“Syikin macamana? Dia okay tak? Saya dengar emak Ikram dok cerita dengan semua jiran-jiran di sini, keadaan Syikin teruk betul sejak Ikram putuskan pertunangan, macam sudah tidak betul. Iye ke dia asyik berkurung dalam bilik? Mengalami depression, baik-baik Hajah Nor, nanti boleh sakit mental!"

“Tak adalah Syikin baik-baik sahaja.” Umi tetap menjawab dengan baik dan sopan. Kalau Syikin, mungkin sudah Syikin maki hamun orang yang bercakap itu

“Iyekah Hajah Nor, Saya dengar sudah teruk keadaan mental dia. Bawalah dia pergi hospital!”

“Tak adalah, Insya Allah dia baik.”

“Dia tidak boleh terima tu, Ikram sudah kawin, dengan orang lagi cantik kaya, Ikram dan Syikin kan berkawan rapat sejak kecil lagi. Mesti susah dia nak terima Ikrm sudah ada orang lain.”

“Dia sudah boleh terima,  sudah tidak ada jodoh.”

“Iye ke.” Sinis sahaja bunyi suara di talian satu lagi.

Insya Allah, boleh. Itu namakan takdir. Terima kasihlah. Assalamulaikum.” Jawap Umi dengan baik.

Baru Syikin sedar betapa beratnya beban yang Umi dan abah tanggung akibat dari perbuatannya itu. Rupa-rupanya keadaan Syikin telah menjadi topik perbualan antara jiran-jiran dan rakan-rakan Umi dan abah Syikin tidak sangka, emak Ikram juga telah menokok tambah cerita tentang keadaan kestabilan mental Syikin. Syikin ingat dia betul-betul simpati dengan nasibnya. Rupa-rupanya selama ini mereka cuma bermuka-muka sahaja untuk menunjukkan simpati. Bila diunjukkan dengan wang ringgit dan kekayaan, semuanya telah beralih arah. Begitu agaknya yang terjadi dengan cinta Ikram. Memang dasar lelaki. Syikin tidak akan percaya dengan janji-janji mereka lagi. Syikin benci dengan mereka!

Mahu rasanya Syikin mengamok di dalam biliknya lagi petang ini. Tetapi Syikin teringatkan kata emak Ikram itu, Syikin sudah tidak betul. Dia tidak akan membenarkan mereka berkata sedemikian tentang dirinya lagi, melukakan hati umi dan abah lagi. Dia akan bangun dari kekalahan ini. Dia akan lupakan semua, lupakan pasal Ikram, dia benci Ikram. Dia juga benci kaum lelaki. Dia kan tunjukkan kepada mereka yang telah mempermainkan dirinya dan memperlekeh-lekehkan dirinya itu. Baru Syikin teringat sesuatu, sesuatu yang sudah lama dia dia patut lakukan. Dia sepatut mulakan azam barunya itu dengan menanggalkan cincin yang Ikram berikan kepadanya, yang masih tersarung di jari manis itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Anonymous said...

alahaaiii ... pendek .... nak lagi plezz ...

kaknOOr said...

Ha ha ha dah blh comment .... Yes shikin ikut ibu gi buat haji pasti segala kedukaan akan hilang bila berada di Masjidil Haram & Masjid Nabawi....

kaknOOr said...

Alina best ada perubahan dlm bahasa...

Anonymous said...

cam hampeh je ikram sekeluarga tu...yg keluarga ikram tu pun bermuka2...mentang2 dapat menantu kaya kemain mengutuk si syikin ye...

harap2 syikin akan jumpa lelaki yg lebih baik..yg lebih kaya..yg lebih sayangkan syikin tu..

dan nak sangat ikram sekeluarga dapat pengajaran diatas perbuatannya keatas syikin...geram nie..

kak...sambung cepat2 ye

Ummie AM said...

x leh ikut la novel kak lina kali ni..
x macam dua novel yg lepas
sakit mata...backround maroon, font grey..
x leh baca......