Post Icon

Bab 2


“Syikin…. Syikin…. bangun nak, Syikin…. bangun……”

Syikin membuka matanya, dia begitu lemah

“Kenapa Syikin, Tulah penat sangat, pergi Nilai tiga tadi, panas-panas.” Umi berleter dengan lembut pada Syikin sambil mengusap ubun-ubun kepala Syikin sambil merenjiskan air di mukanya. Sejuk terasa tangan umi di dahinya. Mendengar suara umi yang tenang, membuat Syikin rasa lega.

Umi sebenarnya begitu cemas tadi. Dia masuk ke dalam bilik Syikin untuk menghantar barang-barang yang di beli di Nilai Tiga. Selepas ini dia dan Syikin hendak mula membuat bunga telur dan bunga pahar. Seronok betul mereka dua beranak pergi membeli belah tadi. Umi dan Sykin memang begitu rapat perhubungan mereka. Banyak yang mereka kongsi bersama-sama. Kadang-kala mereka berdua seperti kawan sebaya.

Tiba-tiba kemudian ternampak tubuh Syikin yang terbaring berhampiran meja komputer. Umi menjerit memanggil abah dan adik-adik yang lain. Kemudian umi mendekati Syikin, cuba melihat samada Syikin masih bernafas, dia kelihatan kaku terbaring di sisi meja computer itu. Abah dan adik-adik masuk ke dalam bilik, bila terdengar jeritan umi. Beramai-ramai mereka mengangkat Syikin ke atas katil dan cuba menyedarkannya semula. Umi menrenjis-renjiskan air di muka Syikin sambil mengusap-usap mukannya. Tidak berapa lama Syikin mula tersedar. Leganya hati Umi melihat syikin mulai sedar.

“Mungkin dia panas sangat tadi abang. Asyik shopping di Nilai 3 tadi."

“Hah tulah awak berdua, bila dapat shopping tak ingat dunia." tegur abah. Abah juga begitu lega Syikin sudah mula sedar. Terkejut betul abah bila terdengar umi menjerit tadi. Abah berdiri sebelah katil Syikin. Naim berumur tujuh tahun, melompat-lompat di tepi katil Syikin buat Syikin bergocang-goncang dunia disekelilingnya. Syikin memejamkan matanya. Abah menarik Naim dari katil dan memegangnya. Naufal adik Syikin yang berumur 14 tahun juga berdiri di sebelah abah, risau tengokkan keadaan Kakak Syikin. Ketika itu Naufal terpandang skrin komputer, lalu dia terbaca email yang tertera di skrin computer Syikin, dia agak terkejut. Mungkin sebab ini Kakak Syikin pengsan? Dia tidak berkata apa-apa, tetapi dia menarik abah ke tepi dan menunjukkan email yang masih tertera di situ. Abah membaca email tersebut dengan senyap. Memandang wajah Syikin yang masih pucat lagi, sedang terbaring,baru dia tahu kenapa anak kesayanganya itu tiba-tiba pengsan. Syikin bukan pernah pengsan seperti itu. Selalunya dia tahan lasak. Panas sedikit macam hari ini tidak akan memberi kesan kepada Syikin, dia sudah biasa aktif bersukan dan beriadah.

Abah mula mengeleng-gelengkan kepalanya, tidak percaya dengan email yang dibacanya. Umi pelik melihat wajah Abah. Dia memandang wajah abah dan Naufal silih berganti, hairan kenapa wajah mereka kelihatan sugul. Dia mengangkat keningnya, bertanya kenapa, tetapi tanpa suara kepada suami dan anak lelakinya itu. Abah memandang muka Naufal dan mengangguk. Naufal kemudiannya menunjukkan jarinya ke arah skrin computer. Umi menghampiri skrin komputer dengan perlahan-lahan dan lantas membaca email Ikram. Setelah membacanya Umi mula menangis perlahan-lahan. Setelah itu, dia duduk di tepi katil Syikin dan meraih badan Syikin dan memeluknya. Syikin sedar semua orang sudah tahu apa yang berlaku. Dia tidak bermaksud hendak memberitahu semua orang dengan cara begini. Tetapi dia terlalu terkejut bila membaca email ikram tadi. Dia tidak sangka yang ini akan terjadi kepadanya. Dia juga mulai mengalirkan air matanya.

Syikin terus-menerus, mengurungkan dirinya di dalam bilik selepas itu. Umi telah menelefon ibu bapa ikram memberitahu mereka apa yang berlaku. Mereka serta merta datang ke rumah, bagaikan tidak percaya apa yang berlaku, ibu Ikram menangis bila membaca email yang Ikram telah kirimkan, yang dicetakkan oleh Naufal dari komputer Syikin. Manakala ayah Ikram mengamok sakan. Dia begitu geram dengan apa yang telah Ikram lakukan. Mereka juga tidak sangka dengan apa yang telah berlaku.

Syikin tidak keluar dari bilik untuk menemui mereka, dia masih terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak sanggup dia berhadapan dengan bekas bakal emak dan bapa mertuanya itu. Mereka telah meminta maaf beberapa kali kepada Umi dan abah. Mereka telah berjanji akan menelefon Ikram dengan segera untuk mendapatkan penjelasan daripadanya. Mereka asyik bertanya kenapa Ikram tidak memberitahu mereka tentang hal ini dan meminta Syikin pula yang menyampaikan kepada berita tentang perkahwinannya? Emak dan bapa Ikram betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku. Yang mereka tahu Ikram sangat sayang dengan Syikin. Ikram beriya-iya hendak berkahwin dengan Syikin pada masa dia pulang bercuti semester lepas. Kenapa tiba-tiba dia berkahwin dengan Julia? Emak dan bapa Ikram tidak kenal siapa Julia.

“Hajah Nur, Saya tak terima Julia ni sebagai menantu saya, Hajah, Haji Zul. Saya tak tahu siapa dia pun. Tup tup sudah kahwin dengan Ikram ni. Pada saya, apa pun Syikin juga menantu saya. Saya tak terima dia Hajah.” Kata emak Ikram kepada Umi. dengan bersungguh.

Bapa Ikram juga berkata perkara yang sama. Mereka marah betul tindakan Ikram. Mereka juga telah menghabiskan banyak wang dan masa untuk menyediakan persiapan perkahwinan Ikram dan Syikin. Wang pendahuluan wedding planner sudah di bayar, Dewan juga telah ditempah. Saudara mara pun sudah mula diberiathu,Cuma kad jemputan sahaja yang belum di cetak kerana menunggu pengesahan tarikh dari Ikram.

"Saya hendak suruh Ikram balik juga! Balik kawin dengan Syikin juga.” Kata Mak Cik Maznah emak Ikram. Saya tak perduli, Hajah. Dia kena kahwin juga dengan Syikin. Saya akan paksa dia. Saya tidak terima isterinya sekarang ni” Kata Emak Ikram bersungguh-sunnguh.

"Nah, macam ni lah Nah, Apa pun Ikram sudah keputusan. Dia sudah memutuskan perhubungannya dengan Syikin. Dia sudah kahwin. Kita hendak kata apa lagi?” Jawap Umi dengan lembut.

“Saya kesihan dengan Syikin, Mesti dia kecewa betul dengan perbuatan Ikram. Kita sudah siap semua barang-barang untuk kenduri kahwin. Last minute sangat-sangat ni baru dia hendak tukar fikirannya. Mana saya tak geram Haji” Kata Bapa Ikram, penuh simpati dengan nasib yang menimpa Syikin.

Umi dan abah juga sebenar kesihan sangat dengan Syikin. Tidak dapat digambarkan kesedihan hati Syikin. Dia mesti begitu terkejut sampai dia pengsan bila mendapat email Ikram. Ibu bapa mana yang tidak sedih, tidak geram dengan apa yang berlaku. Tetapi umi dan abah masih boleh bersabar. Lagipun kejadian telah kejadian sudah berlaku. Ikram sudah berkahwin pun, Bukan boleh hendak menukar balik waktu yang sudah terlepas. Umi dan abah kena reda dan menerima sahaja nasib yang menimpa anak mereka itu. Umi dan abah tidak mahu ribut-ribut lagi tentang ini. Pada mereka hanya Syikin yang penting. Mereka mesti memberi sokongan penuh kepada Syikin untuk melalui saat-saat getir ini dalam hidupnya itu. Ikram macamana pun, sudah berkahwin, tidak ada apa yang boleh Umi dan Abah lakukan lagi, hendak paksa Ikram balik dan kahwin juga dengan Syikin bukan satu penyelesaian yang baik.

“Macamana nilah, Nah, Kita sabarlah dulu buat masa ini. Yang penting sekarang ini ialah keadaan emosi Syikin. Biarlah dia sendirian dahulu.”

"Baiklah kalau Hajah Nor sudah kata begitu, Kami balik dulu. Hajah tolong sampaikan salam kami kepada Syikin dan kami minta maaf dari pihak Ikram. Insya Allah nanti kami datang lagi.” Mereka pun beredar dari rumah Umi dan Abah.

Syikin melihat sahaja emak dan Bapa Ikram beredar dari tingkap biliknya. Dia tidak sanggup bersemuka dengan kedua-dua mereka. Malah Syikin tidak sanggup untuk berhadapan dengan sesiapa pun, kawan-kawannya, saudara maranya dan juga keluarganya. Dia masih tidak dapat menerima nasib yang menimpa dirinya. Terlalu pedih hatinya ketika itu. Tidak faham kenapa ianya harus terjadi. Apa salah dirinya? Kenapa tuhan menduga dia sedemikian rupa. Apa dosanya? Syikin tidak faham kenapa nasibnya begini.

Kenapa ini berlaku kepadanya? Tanpa apa-apa amaran tiba-tiba Ikram berubah hati. Atau, Syikin yang buta hati. Tidak nampak tanda-tanda yang Ikram sudah tidak memperdulikannya lagi, tidak mencintainya lagi. Syikin cuba mengingatkan kembali kronologi peristiwa yang berlalu sebelum dia menerima berita yang mengejutkan itu. Ikram balik bercuti, mendesak agar mereka berkawin dgn segera. Kenapa begitu? Adakah kerana tidak tahan berjauhan dengan Syikin atau mahu mengelakkan dirinya dari jatuh hati dgn Julia.


Baru Syikin teringat dalam email Ikram ada memberitahu mereka telah bercuti di Queenstown, Julia ada bersamanya, Ikram ke North island, tidak boleh dihubungi langsung, dia ke sana dengan siapa? Syikin sepatutnya perasan yang email yang dihantar semakin kurang dan sejak akhir-akhir hampir tiada langsung. Hendak YM pun, Ikram selalu tidak online. Syikin ingatkan kerana Ikram terlalu sibuk, dia tidak pernah menyangka ia disebabkan Ikram telah berubah hati. Begitu hancur luluh hatinya, harapannya yang begitu menggunung untuk hidup bersama Ikram, tiba-tiba lebur begitu sahaja. Syikin tidak percaya dengan apa yang telah terjadi ke atas cinta dan janji-jani mereka selama. Tinggal lagi sebulan sahaja lagi sebelum mereka diijab kabulkan.

Kenapa sanggup Ikram lakukan semuanya terhadap dirinya? Kenapa tidak dari dulu lagi, Ikram putuskan pertunangan mereka. Kenapa sekarang baru semua ini terjadi, bila sudah begitu hampir dengan tarikh perkahwinan mereka. Ketika semua harapan dan impian sudah begitu hampir tercapai.

Air matanya mengalir dan terus mengalir. Syikin rasa begitu sedih. Macamana hendak di lalui masa depan ini tanpa Ikram? Syikin tidak pernah melalui hidup ini tanpa Ikram. Walaupun berjauhan Ikram sentiasa dihatinya, sentiasa menemani, sekarang ini hatinya terasa kosong, sepi. Syikin tidak boleh terima yang Ikram bukan lagi menjadi miliknya. Tanpa Ikram, siapalah dia?

Dunianya rasa begitu gelap gelita. Kini dia rasa, tidak ada sebab untuk dia bangun, Syikin ingin tidur dan terus tidur tidak perlu keluar dari biliknya lagi. tidak perlu berjumpa dengan sesiapa lagi. Alangkah mudahnya jika dia dapat terus lenyap dari muka bumi ini.

“Syikin, buka pintu nak, umi hendak masuk ni," Syikin malas hendak bangun, biar dia tidur dan tidur, tidak perlu bangun bangun lagi, siang malam tidak ada bezanya kepada syikin.

"Syikin, Syikin. Syikin sayang," Umi memanggil Syikin mendayu-dayu.

Lama kelamaan Syikin bangun dan membuka pintu, membenarkan ibunya masuk ke dalam biliknya. Biliknya gelap, langsir tidak dibukannya langsung. Sudah berhari-hari Syikin dalam keadaan begitu. Jiwanya begitu lemah, tidak bermaya.

Umi duduk di sebelah Syikin, kesihan Umi tengok keadaan Syikin. Dia begitu patah hatinya. Selalunya Syikin kuat. Mungkin kerana dia tidak menjangka ini akan berlaku. Syikin selalu rasa dia mempunyai Ikram.

“Kin, sabarlah Kin, Sudah tidak ada jodoh antara Kin dengan Ikram. Syikin kena terima takdir ini.” Pujuk Umi dengan lembut.

“Kin tidak boleh terima takdir ini Umi. Syikin tidak dapat menerima kenyataan ini. Macamana Ikram boleh buat macam ini pada Syikin?” Tangis Syikin, dia menangis kesedihan.

Umi faham kesedihan Syikin, Umi yang membela Syikin, Umi yang selama ini melihat persahabatan Syikin dan Ikram bertukar menjadi percintaan. Umi melihat Ikram membesar sehingga sekarang. Umi sudah meyayangi Ikram seperti anaknya sendiri. Umi juga begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Tetapi sekarang ini bukan perasaan Umi yang perlu difikirkan, Perasaan Syikin yang perlu di pulihkan. Syikin begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Umi kena berbuat sesuatu untuk membuat Syikin keluar dari kemurungannya itu. Sudah berhari-hari Syikin berkurung di dalam biliknya. Dia begitu sedih sekali. Dialah orang yang paling sedih sekali sekarang. Padahal sebelum ini Syikin begitu gembira, dialah manusia yang mempunyai semuanya dalam hidup ini, Syikinlah orang paling gembira sekali, bersiap-siap untuk perkahwinannya dengan Ikram.

“Emak dan bapa Ikram datang, Kin tahukan.”
Syikin menganggukkan kepalanya.

“Kin tahu, tapi Kin tidak sanggup melihat wajah mereka umi.”

“Umi faham sayang, Mereka pun faham dengan perasaan Syikin. Mereka marah dengan Ikram. Mereka kata mereka tidak menerima isteri Ikram sebagai menantu. Pada mereka hanya Syikin menantu mereka.”

Syikin mula menangis kembali, Umi terus rasa menyesal kerana memberitahu Syikin apa yang emak dan bapa Ikram katakan. Semua itu tidak ada ertinya kepada Syikin. Ikram sudah membuat keputusan, memutuskan pertunangannya dengan Syikin dan dia juga sudah berkahwin dengan Julia.

“Maafkan Umi Kin, Umi bukan bermaksud buat Kin menangis. Sudahlah Kin, mungkin ada rahmat di sebalik semua ini. Tuhan menguji Kin, Kin kena banyak-banyak bersabar."

Syikin mengesat air matanya. Matanya kelihatan bengkak kerana asyik menangis sejak menerima email daripada Ikram. Sedihnya Umi melihat wajah sayu anak perempuan kesayangannya yang begitu terluka dengan perbuatan bekas tunangannya itu. Sebagai seorang ibu, Umi juga merasai penderitaan Syikin.

Kin, kawan-kawan Kin telefon, ada yang tanya pasal Kin dan Ikram, ada yang tanya pasal konvokesyen bulan Julai ogos nanti. Syikin tak nak cakapke dengan dia orang?"

Syikin mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Umi, biarlah Syikin sendirian dahulu. Please Umi. Syikin hendak tinggal sendirian. Kin tak boeh handle semua ini. Please Umi.”

Umi memandang wajah Syikin yang begitu sedih. Kesihan betul umi melihat Syikin.

“Macamana Umi boleh bantu Syikin lagi.”

“Please Umi, please leave me alone.”

“Baiklah. Umi pergi dulu. Tapi Syikin tidak boleh lama-lama begini.”

Umi keluar dari bilik Syikin, pergi ke ruang tamu, Abah ada di situ, melihat wajah Umi, ingin tahu tentang Syikin. Abah risau tenatng Syikin. Sudah berhari-hari dia mengurung dirinya .

“Macamana Nor, Syikin tu?”

“Macam tu jugalah abang.”

“Teruk juga, cara dia menangani semua ini. Abang ingat dia ada semangat kuat untuk puleh. I thought she is stronger than that”

“Entahlah bang, dia terkejut besar agaknya.”

“Budak Ikram ni sekor. Geram juga abang dibuatnya. Kenapa dia tunggu sampai last minute baru dia putuskan dengan Syikin.”

“Ini namanya bukan jodoh abang.”

“Tapi mereka sudah kawan lama, mereka berkawan baik. Ikram tidak boleh buat macam ni. Abang tak boleh bayangkan macamana perasaan Syikin. She must be very disappointed. Abang tak sanggup hendak tengok muka Syikin yang sedih sekali……….Kesihan dia.”

“Kita kena terima takdir ini. Sudahlah abang, buat apa hendak kita hendak sesalkan lagi. Perkara yang berlaku. Biarlah just let go. Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku. Mungkin ada orang yang jauh lebih baik untuk Syikin dari Ikram. Yang penting sekarang ni ialah keadaan Syikin. Kita kena beri dia sokongan penuh untuk memulihkan Syikin.” Pujuk Umi.

“Macamana hendak buat ni Nor? Takkan hendak biar dia macam tu, She is fading away. Terperuk dalam bilik aje.”

“Biarlah dia macam seketika, Tapi kita tidak akan biarkan dia begitu selama-lamanya, kita tarik dia perlahan-perlahan ke dunia nyata.”

Abah Cuma mengangguk kepalanya, setuju dengan cadangan umi. Hari berhari terus berlalu, tidak ada perubahan pada diri Syikin. Syikin mengurung dirinya dalam bilik, dia asyik membaca berkali-kali email yang dihantar oleh Ikram. Hancur, semuanya musnah, perhubungan yang telah menjangkau 10 tahun berkubur dalam sekelip masa.


Ada masanya Syikin menangis, menangis tidak berhenti-henti sehingga tiada lagi air matanya yang boleh mengalir. Sampai hati ikram berbuat demikian. Mereka sepatutnya melangsungkan perkawinan mereka pada bulan Julai ini. Ikram sepatutnya sudah pulang ke Malaysia, sebaik sahaja dia dari pengajiannya di New Zealand, mereka akan melangsung perkawinan mereka.

Syikin terkenang perbualan terakhir mereka sebelum Ikram berlepas ke New Zealand setahun yang lalu, Baru Syikin mula terfikir dan tertanya-tanya, adakah permintaan Ikram untuk mempercepatkan perkawinan kerana Ikram sudah tidak tahan dengan goadaan di sana? Menyesal Syikin kerana tidak mendengar keluh kesah Ikram. Kini dia kehilangan Ikram buat selama-lamanya.

Syikin tidak dapat bayangkan yang Ikram sudah berkawin dengan orang lain. Ikram hanya untuk dia! Ikram sudah berjanji sumpah setia dengan Syikin. Mana pergi semua janji-janji itu?

Hari konvokesyen sudah semakin hampir. Syikin masih dalam kemurungan. Keputusan baik yang Syikin terima juga tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Syikin belajar dan berusaha bersungguh semasa tahun akhir. Hanya satu sahaja tujuannya untuk hidup bahagai bersama Ikram. Kini yang tinggal hanya keputusannya yang baik. Dan segulung ijazah. Tetapi dia tidak ada Ikram lagi di sisinya. Hanya seribu penyesalan. Syikin hanya mahu Ikram kembali kepadanya!

Kalaulah dia ikut sahaja dengan permintaan Ikram tempoh hari, tidaklah dia jadi begini, kalaulah dia ikut cakap Ikram untuk memilih universiti yang sama semasa mereka momohon university dulu, perkara ini tidak berlaku. Kalau dia tidak kasar sangat dengan Ikram, dalam email pun, dia panggil Ikram, budak gemok. Kalaulah dia melayan Ikram dengan baik dan penuh romatik, mungkin dia tidak akan kehilangan Ikram. Mungkin Julia pandai melayan Ikram dengan lemah lembut dan begitu romantik. Akhirnya Julia yang dapat menawan hati Ikram. Syikin rasa sudah betul-betul tewas.

Sepatutnya apabila hari konvokesyen pada bulan August nanti, Syikin dan dan Ikram sudah pun menjadi suami isteri. Sebelum ini Syikin sudah bayangkan betapa indahnya hari konvokesyennya nanti, Ikram akan masuk ke dewan untuk melihat Syikin menerima ijazah, selepas itu Ikram akan menunggunya bersama umi, abah, Naufal, Naim dengan sejambak bunga ros merah, kemudian mereka akan bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan. Syikin akan perkenalkan Ikram kepada kawan-kawannya sebagai suaminya. Mesti kawan-kawannya berbisik-bisik, "Handsomenya suami Syikin. Patutlah selama studi kat sini dia tak pandang orang pun. Suami dia kacak."

Yang menyedihkan sementara Syikin menganyam mimpi-mimpi dan angan-angannya yang begitu indahnya bersama Ikram apabila mereka bersatunya nanti, rupa-rupanya Ikram sudah pun bersama Julia. Syikin tidak dapat menerima kenyataan ini. Dia rasa di khianati oleh Ikram, satu-satunya kawan baik Syikin.

Semasa di Universiti Syikin tidak mempunyai ramai sangat kawan kerana kawan baiknya hanyalah Ikram Shaari. Selalunya suka dukanya akan diceritakan kepada kawan baiknya, kawan baiknya itu yang akan merawat kesedihan dirinya, membuat dia kuat kembali. Kawan baiknya akan membuatkan semuanya jadi pulih seperti sedia kala. Syikin begitu sedih kerana dalam keadaannya yang begitu sedih ini, kawan baiknya tidak dapat membantunya lagi. Dirasakan dia begitu malang sekali, begitu terduduk kerana di hari dia kehilangan kekasihnya, dia juga kehilangan kawan baiknya. Syikin rasa begitu keseorangan sekarang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Anonymous said...

test

farhana said...

tak sabar nak baca bab 3..
huhu

Nor Syafika said...

Mak lagiiiii plissssss

Nor Syafika said...

Mak lagiiiii plissssss

Nor Syafika said...

*nak

Anonymous said...

akak pernah bc cerita ni tp x smpat bc ending sambung la lg.....

hani said...

best citer nie....dah baca p masih ternanti2 citer ni dlm versi cetak.....bila ye nak publish????

Anonymous said...

whoah this weblog is excellent i love studying your
posts. Stay up the good work! You understand, a lot of persons are looking
around for this information, you could aid them greatly.

Also visit my weblog :: Revolyn reviews

Anonymous said...

kat mana nak baca full cerita nie....baca kat penulisan 2u sampai bab 9 je....sambungannya nak dapat kat mana

Watch Movie said...

to be continue

Download Film Engsub