Post Icon

Bab 6

Perjalanan ke Makkah Al Mukaramah mengambil masa selama 8 jam. Bas-bas yang membawa para jemaah haji berhenti di Bir Ali, terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah. Di situ para jemaah turun, menunaikan sembahyang fardhu dan juga sembahyang sunat dan kemudiannya berniat umrah. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan yang menuju ke Makkah. Sepanjang perjalanan, para jemaah membaca talbiah. Mula-mula dengan penuh semangat dan kuat sekali bacaan talbiah mereka terutamanya kaum lelaki, tetapi lama kelamaan, makin perlahan dan perlahan dan kemudiannya keadaan sunyi sepi, kebanyakan jemaah haji tertidur kepenatan menempuh perjalanan yang jauh itu.

Selepas mengalami peristiwa yang mencemaskan Masjid Narbawi kepada Syikin sekeluarga, syukur Alhamdullillah, perjalanan ke Makkah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar yang terjadi.
Mereka tiba di bumi pada hampir pukul 10.00 malam. Syikin memandang sekitarnya, ada papan penanda yang menunjukkan mereka sedang memasuki Tanah Haram. Makkah al Mukarramah, kota suci umat Islam menjadi pusat pengumpulan manusia terbesar terutama apabila tiba musim haji setiap tahun. Saban tahun, jumlah jemaah mengunjungi tempat ibadat itu semakin meningkat. Kini hampir sejuta jemaah haji dari seluruh dunia kini berada di tanah suci Mekah. Menjelang hari wukuf nanti, lebih kurang 2.5 jemaah dijangka akan hadir untuk mengerjakan haji kelak.

Bangunan-bangunan di sekitar Makkah agak berbeza dari bangunan yang di lihat di Madinah. Kebanyakan bangunan-bangunan di sini agak lama. Sekarang ini kerajaan Arab Saudi sedang membuat projek pembanguna besar-besaran di sekitar kawasan masjidil haram memandangkan ia memerlukan kawasan yang besar bagi menampung jemaah untuk melakukan ibadat dengan selesa dan tenang sepanjang berada di sini.

Bas mereka membawa ke hotel Sevilla Barakat , Menurut brochure Tabung Haji, jarak hotel ini dengan masjidil haram ialah lebih kurang 650 meter. Umi dan abah tidak tinggal di hotel ini semasa menjadi tetamu Allah enam tahun yang lalu. Hotel yang Umi dan Abah tinggal terletak lebih kurang 200 meter sahaja dari masjidil Haram. Tetapi kebanyakan hotel-hotel yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram telah di robohkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram.

Hotel Sevilla Barakat yang bertinggian 18 tingkat itu bercirikan senireka Andalusia. Tetapi Syikin tidak dapat menilai keindahan cirr-ciri senireka hotel itu kerana mereka sampai apabila hari sudah lewat malam. Setelah sampai, mereka terus naik naik ke bilik hotel. Terdapat enam buah katil yang tersusun rapat ke dinding di dalam bilik itu. Memang bilik ini lebih sempit dari bilik Hotel di Madinah. Tetapi masih nampak selesa untuk menempat mereka sekeluarga. Lagipun tujuan mereka datang ke sini adalah semata-mata untuk beribadat. Umi sudah berkali-kali mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang ada, sepanjang mereka berada di tanah suci ini. Naim seperti biasa, melompat-lompat ke sana- sini dalam pakaian ihramnya, Naim gembira bila melihat dalam bilik hotel itu ada televisyen. Boleh dia tengok kartun nanti.

Oleh kerana malam masih awal lagi, umi dan abah mengajak mereka semua pergi ke Masjidil haram dan mengerjakan umrah. Nenek pun nampaknya begitu cergas dan sihat, berdaya untuk melakukan ibadat umrah pada malam itu jua. Oleh kerana hendak menyenangkan nenek, mereka pergi dengan menaiki teksi pada malam itu juga. Syikin rasa berdebar-debar untuk menjejakikan kakinya ke masjidil Haram. Dia tertanya-tanya adakah dia akan merasai perasaan yang sama nanti sepertimana dia berada di masjid Narbawi tempoh hari. Syikin begitu bahagia bila berada di sana, dia menikmati rasa kedamaian dan ketenangan bila berada di sana.


Mereka masuk ke dalam Masjidil haram melalui Pintu 1, dan berjalan menuju ke tengah-tengah masjid. Semua mata bertumpu di tengah-tengah masjid. Tempat di mana semua umat Islam menghadap ketika sembahyang. Batu empat segi yang berwarna hitam. Semakin dekat semakin sebak rasa dada Syikin, Dia akan dapat melihat kaabah, arah di mana dia sembahyang selama ini. Umi dan abah nampaknya sudah mengalirkan air matanya. Kerinduan ternampak jelas di mata mereka. Inilah kaabah yang mereka rindu-rindukan selama ini. Selama enam tahun mereka merindui rumah Allah ini, ingin mereka bersembahyang di hadapan kaabah. Mereka tidak pernah putus-putus doanya, memohon agar mereka di jemput kembali menjadi tetamu Allah sekali lagi. Akhirnya setelah sekali lagi bertahun-tahun menanggung rindu dendam, akhirnya mereka dapat kembali lagi. Bayangkanlah perasaannya bila kekasih yang dirindu saban hari selama 6 tahun, akhirnya dapat bertemu kembali. Tidak ada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan mereka ketika itu. Syukur Alhamdullillah dipanjatkan kepada yang Maha kuasa. Hanya air mata yang mengalir dan terus mengalir menandakan kesyukuran yang tidak terhingga.

Bagi mereka yang pertama kali melihat kaabah seperti nenek, Naufal dan Syikin, lain pula reaksi mereka. Mereka tergamam melihat keagungan yang terpampang di hadapan mereka. Naim yang selalunya hyperaktif juga terdiam melihat keagungan kaabah, rumah Allah yang sedang menjadi tumpuan semua jemaah.

Syikin terpegun melihat bila pertama lagi melihat kaabah, tanpa dia sedari air matanya mengalir dan terus mengalir. Terasa perasaan sejuk menyelinapi hatinya, dia terasa rumah Allah itu mempunyai tarikan, mengamit Syikin untuk menghampirinya. Nenek pun menangis, begitu syukur kerana dapat melihat kaabah buat pertama kali. Dia terlalu ingin menjadi tetamu Allah, syukur Alhamdullillah dia dapat sampai ke sini akhirnya. Sayangnya suaminya tidak ada bersamanya, Suaminya meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji. Kini nenek bersyukur kerana abah akan mengerjakan haji buat arwah suaminya. Naufal juga menitiskan air mata, walaupun masih muda, hati naufal juga tersentuh bile pertama kali melihat baitullah. Manakala pula Naim terdiam sahaja, memandang kaabah sambil mengikut sahaja langkah abah.

Setelah sembahyang sunat dua rakaat, mereka turun ke dataran kaabah. Tidak ramai orang yang berada di situ buat masa ini. Kebanyakan jemaah haji masih lagi berada di Madinah. Sebab itu abah hendak mengerjakan ibadat umrah secepat mungkin. Jika cepat sedikit, mungkin mereka dapat mengerjakan tawaf, dan saie dan bertahalul dengan selesa kerana keadaan di sekitar Masjidil Haram dan Kaabah. Sekarang ini masih belum ramai jemaah dari luar Mekah. Sebahagian besarnya warga tempatan yang melakukan ibadat umrah. Kemudian kalau ada peluang, mereka boleh pergi mencuba untuk mencium Hajarul Aswad dan berdoa di Hijr Ismail dan Multazam. Melalui pengalaman umi dan abah, kalau lambat sikit sahaja dalam dua tiga hari lagi, semua itu agak sukar dilakukan terutamanya, buat nenek dan Naim. Ini adalah kerana ribuan malahan ratus ribuan jemaah akan mula membanjiri Masjidil Haram dan Kaabah.

Syukur ke hadrat Allah semuanya dapat di lakukan dengan mudah pada malam itu juga. Umi berhajat sangat untuk mencium Hajarul Aswad kerana pada masa dia mengerjakan haji dahulu bukan sahaja dia tidak berpeluang langsung mencium Hazarul Aswad, malah mendekati pun tidak dapat. Umi dan abah terpaksa mengalah setelah melihat aksi kasar ratusan jemaah yang saling berasak-asak dan tarik-menarik dalam usaha mereka itu. Umi telah cuba beberapa kali untuk mengucup Hajarul Aswad tetapi semuanya tidak berhasil. Jemaah dari sesetengah negara kelihatan amat agresif. Makin umi tunggu untuk mendapat peluang pada hari-hari berikutnya, makin jumlah jemaah haji meningkat kepada ratusan ribu. Umat Islam dari negara-negara Afrika dan Turki mula mendatangi Mekah. Melihat perebutan mencium Hajarul Aswad semakin sengit, Umi lupakan hasratnya pada ketika itu. Umi rasa peluang terlalu tipis dan mustahil boleh berbuat demikian apalagi bila jumlah jemaah haji meningkat lebih 2.5 juta. Umi hanya berdoa agar dia akan berpeluang berbuat demikian bila dia datang lagi di lain masa. Insya Allah semua doa di tanah suci ini dimakbulkan Allah. Ternyata pada malam ini doa umi di makbulkan. Berseri-seri wajah umi, betul-betul gembira akhirnya hajatnya tercapai juga akhirnya.


Syikin juga bersyukur kerana dapat mencium Hajarul Aswad pada malam pertama mereka di sini. Patutlah para jemaah terlalu ghairah berebut-rebut mahu mengucup Hajarul Aswad kerana mendapat kepuasan tidak terkata jika berhasil berbuat demikian. Hajarul Aswad dikatakan diturunkan dari syurga. Nabi Muhammad SAW bersabda, Hajarul Aswad diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih dari susu dan dosa-dosa anak-anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. Keistimewaan lain batu syurga itu adalah pada hari Kiamat kelak, Hajarul Aswad akan memberi kesaksian bagi orang-orang yang menyalaminya (memberi salam atau mengucup) dengan kebenaran.

Mereka sekeluarga kemudiannyaa berdoa di Multazam, iaitu tempat dikabulkannya doa. Multazam adalah salah sebuah kawasan di sunnahkan untuk berdoa. Walaupun kawasannya sempit tetapi Multazam adalah antara kawasan paling sukar untuk dimasuki kerana terlalu ramainya orang menunggu giliran untuk berdoa.


Kemudian mereka memasuki kawasan Hijr Ismail, berpeluang bersembahyang sunat dan berdoa lama di situ. Di kedua-dua tempat ini juga Syikin rasa begitu begitu sayu, betul kata umi dan abah, masjidil haram banyak membuat hati-hati menjadi lembut dan sayu. Terasa kerdilnya diri bila menghadapkan mukanya ke kaabah. Macamana insan seperti dirinya itu yang serba kekurangan di jemput Allah menjadi tetamunya.

“Syukur Alhamdullilah, hamba mu ini bersyukur dengan nikmat diberikan. Cintaku hanya untuk mu Ya Allah.”

Tidak Syikin menduga yang tiba-tiba hatinya berubah, dengan serta merta, ketika dan saat itu cintanya telah beralih arah. Tidak pernah dia rasakan kasih yang sebegini kepada tuhan yang Menciptanya. Terasa melimpah ruah kasih dan cintanya kepada yang satu. Hatinya menjadi sejuk, perasaan tenang Tiba-tiba sahaja tidak ada lagi perasaan kecewa, sedih, hampa, gundah gulana di dalam hatinya. Hatinya hanya mencintai Allah. Macamana dia yang sekerdil itu boleh merasai perasaan cinta itu. Seram sejuk seluruh badan Syikin. Di ketika dan saat itu Syikin dapat merasakan betapa Allah mengasihi hambanya, melimpahkan segala kurnia kepada hambanya. Cuma selama dia tidak pernah merasainya, tidak menghargainya. dia sibuk dengan mengejar kecintaan dunia ini, mengejar cinta insan lain.

Lantas Syikin mengucapkan, “Tiada tuhan yang Ku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Syikin rasa begitu bahagia sekali mencintai Allah dan rasulnya.


Syikin memandang ke Umi, yang berdoa. Baru Syikin faham kenapa umi menjadi seperti umi sekarang. Umi begitu sabar menghadapi apa jua keadaan, Umi menerima apa yang berlaku dengan redha. Semua dalam hidupnya kerana Allah, mencintai abah juga kerana Allah, mengasihi nenek dan anak-anaknya juga kerana Allah. Syikin berdoa agar dia juga akan menjadi seorang insan yang bertaqwa dan menyerahkan semuanya kepada Allah.

Selepas itu mereka pulang ke Hotel, memandangkan keadaan malam yang sudah dingin sedikit, mereka berjalan kaki untuk pulang ke hotel. Walaupun sudah lebih pukul dua belas malam keadaan kota Mekah masih sibuk, semua kedai-kedai masih dibuka dan ramai jemaah-jemaah yang berjalan balik ke penginapan masing-masing. Di pertengahan jalan abah membelikan ais krim untuk setiap orang. Seronok betul berjalan malam-malam begini seiringan dengan ramai jemaah-jemaah lain, tidak terasa penat pun bila sampai di hotel.

*********************************************
Mereka tinggal di kota Makkah selama 18 hari sebelum tiba hari wukuf. Pada keesokan harinya mereka melawat beberapa tempat-tempat bersejarah di Makkah sebagai sebahagian daripada program lawatan pakej tabung haji. Kemudian mereka di bawah melawat kebeberapa kawasan kota Makkah dan melawat kawasan Arafah, Mina sebagai persedian menghadapi hari wukuf dan untuk melakukan ibadat melontar nanti. Selepas itu banyak masa di habiskan di Masjidil Haram dan melakukan ibadah Umrah. Abah berazam hendak katam quran sepanjang dia berada di masjidil haram. Selama dua minggu itu, mereka akan ke Masjid pada waktu subuh, kemudian akan pergi kebalik ke Masjid pada waktu zohor. Selalunya sembahyang asar hanya di hotel sahaja kerana mahu pergi balik ke Masjid untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Ada kalanya nenek dan Naim tidak ikut serta agak kepenatan berulang balik dari hotel ke masjid. Lagipun nenek kena menjaga kesihatannya supaya boleh melakukan ibadat Haji nanti.

Hari ini mereka semua bercadang untuk duduk sepanjang hari di masjid. Kadang-kala penat juga berulang alik dari hotel dan masjid. Umi dan abah cadangkan selepas zohor nanti mereka semua beli Ayam Al Bait dan makan beramai-ramai di dataran masjid nanti.

Selepas sembahyang zohor mereka duduk di dataran masjid. Abah dan Naufal pergi beli makanan manakala mereka yang lain duduk menunggu. Ramai jemaah lain yang duduk sambil makan beramai-ramai sementara menunggu waktu asar tiba. Syikin mengawasi Naim yang tidak boleh duduk diam setempat Nenek dan Umi duduk menunggu sambil membaca quran. Sekelip mana sahaja Naim hilang di celah-celah orang ramai. Syikin bangun dan cuba mengesan Naim. Naim nampaknya sedang bercakap dengan seseorang, Syikin segera mendapatkan Naim.

“Naim, mari sini.”

“Naim menoleh ke arah Syikin. Mukanya terseyum gembira sambil menunjukkan kearah seseorang.

“Abang, abang!” kata Naim, dia menarik tangan orang itu dan membawanya ke arah Syikin. Syikin
memandang wajah yang berserabut itu. Sepasang mata yang berwarna cokelat kelabu, memandangnya.


“Naim, mari sini.” Katanya tegas.

Naim tidak perdulikan Syikin, dia tarik tangan lelaki itu sehingga dia sampai di tempat Umi dan nenek duduk.
“Umi, umi, abang. Abang , Umi.”

Umi nyata gembira dapat bertemu semula dengan lelaki yang telah menolong mereka hari itu. Tidak sangka dapat bertemu dengannya kembali.

“Ahlan.”

“Ahlan.” Jawapnya lelaki itu.

“Tafaddhal ijlis.. sit.. sit..down.” kata Umi.

“Ana Umi, hazi hi nenek, anta? Tanya Umi kepada lelaki itu.

“Ahmad Arief” Jawabnya ringkas.

Sebentar kemudian abah dan naufal tiba dengan membawa beberapa kotak ayam al bait. Abah juga gembira dapat bertemu lagi dengan lelaki itu.  Dia terus memeluk lelaki tersebut, begitu juga Naufal. Abah mengajak Ahmad Arief makan bersama mereka. Tetapi Ahmad Arief menolak.

"ya anaa dhaahibb, I have to go.”

“la’ la’ tadhhab.” Umi menghalangnya tetapi lelaki itu tetap bangun hendak pergi. Syikin suka dia pergi, Syikin tidak selesa berada bersama-sama Ahmad Arief, berserabut, mesti badannya berbau. Macam pekerja-pekerja bangla di Malaysia. Syikin cepat-cepat beristigfar, kenapa hatinya berkata begitu?

Abah dan Naufal bersalaman dengan Ahmad Arief. Tiba-tiba sahaja Naim memeluk tubuh lelaki itu. Ahmad Arief Nampak terharu lalu menepuk-nepuk bahu Naim. Kemudian Naim melepaskan pelukannya.

“ila al liqaa” katanya.

“ila liqaa.” Jawab Naufal, ibu dan Naim. Ahmad Arief segera beredar dari situ.

Mereka semua duduk semula di atas tikar yang terbentang.

“Kita ajak makan dia tak mahu.”

“Dia segan agaknya.”

“Dia kena kerjalah Umi.”

“Mana Syikin tahu?”

“Tengok cara dia kan maam tukang cuci masjid.” Syikin tengok macam dia memakai uniform dan capnya, tidak seperti jemaah-jemaah yang lain.

“ Tak baik Syikin cakap macam tu. Mana tau dia tukang cuci. Di sini tukang cuci lantai di sini bajunya warna biru, tukang jaga tong air zamzam bajunya warna cokelat muda, pekerja am, warna bajunya hijau. Mana sama dengan baju yang Ahmad Arief pakai.”

“Mana Umi tahu.”

“Umi perhatikan selalu, dari dulu lagi. Kadang-kala seronok umi tengok cara dia orang mencuci di sini, tidak henti-henti dia bekerja untuk memastikan kawasan masjid ini sentiasa bersih.

“What ever Umi, tapi dia tu macam tukang cuci pada Syikin.”

“Tak baik Syikin beranggapan begitu. Itu tujuan kita ke sini, kita kena berlajar rendah diri dan sentiasa sedar kita ni sama sahaja di sisi Allah, yang bezakan kita adalah ketaqwaan kita sahaja.”

“Iyelah Umi.” Jawab Syikin. Malas hendak bertengkar dengan Umi pasal Ahmad Arief.

“Dia tu orang apa ye abah, nak kata Arab, hidung dia tak tajam sangat, tak sangat nak kata belah-belah asia tengagra pun bukan.  rambut dia pulak lebih kepada perang.

Dekat sini, macam-macam orang ada, orang inggeris, rusiisa, arab, Parsi Africa, semuanya ada.”

“Mari kita makanlah Zul, emak dah lapar ni, kejap lagi hendak masuk waktu asar pulak.” Tegur nenek. Mereka makan dengan lahap ayam Albait yang dibeli abah, sambil meminum air zamzam yang di ambil dari masjid. Suasana nyaman menyeliputi sekitar dataran masjid. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ramai jemaah-jemaah lain yang berkelah seperti mereka, ada yang tidur sementara menunggu masuk waktu asar.

*****************************

Sejak hari itu, mereka sering terserempak dengan Ahmad Arief. Sementara menunggu waktu sembahyang, atau semasa mahu balik ke hotel, atau semasa mereka duduk berkelah di dataran masjid. Naim dan Naufal akan duduk berbual dengan Ahmad Arief sementara menunggu waktu sembahyang. Abah juga bersama mereka tetapi abah tekun membaca Alquran, sebab dia mahu katam sebelum tiba hari wukuf.

Syikin, umi dan nenek akan duduk di saf belakang kerana hendak mengelakkan dari tersembahyang satu saf dengan jemaah lelaki tetapi kadang kala ini tidak dapat di elakkan kerana terlalu ramai jemaah yang membanjiri masjidil Haram.

Ahmaad Arief boleh tahan boleh melayan naim berbual.  Naim berbual macam peluru,  bermacam-macam soalan yang ditujukannya.  Kadang-kala Syikin pun tidak tahan hendak melayannya berbual.  Entah apa yang mereka bualakn pun entah,  macam ayam bercakap dengan itik kalau macam tu.. 

“Naim sedang belajar bahasa arab dengan abang Arief, Kami ajar dia cakap bahasa Melayu tak tak?  Abang Arief cekap,  sekejap aje dia tahu ingat apa naim ajar.”

“Iye ke? Kata Syikin. Tidak berapa berminat untuk mengetahui tentang

Ahmad Arief. Bukan macam Umi, sangat ambil tahu pasal Ahmad Arief. Syikin tahu Umi rasa Ahmad Arief itu penyelamat kepada mereka di hari dia telah menyelamatkan Naim.

“Entah-entah dia sudah rancang semuanya ini. Dia sorokkan Naim lepas tu, buat-buat tolong cari.”

“Eh, apa Syikin cakap macam tu? Tak baik Syikin.”

“Syikin tak percaya dengan dia. Takut dia hendak tipu kita.”

“Apa yang kita ada yang dia nak, duit? Ada dalam tabung haji, barang kemas mana ada? Tak baik Syikin cakap macam tu.”

“Syikin tengok dia tu macam tidak terurus, berserabut, macam tu, bukan macam datang hendak menunaikan haji.”

Tidak semua orang bernasib baik macam kita boleh duduk hotel, boleh hantar baju ke laundry, pakai baju bersih setiap kali. Setengah orang tidur di dataran ni juga. Dia orang beli karpet tu, untuk tidur dan buat selimut selama mereka di sini."

“Umi tu, semua orang baik pada Umi.” Kata Syikin. Pelik umi, abah, naufal, Naim dan nenk suka dengan Ahmad Arief. “Syikin cakap sahaja, besok sudah jadi yang baik, Syikin tak tahu Umi.”

Umi cuma mengelengkan kepalanya sambil tersenyum mendengar Syikin mengomel. Sekurang-kurangnya Syikinnya yang dahulu, sudah kembali di depan matanya, Syikin yang ceria, yang suka bersungut, Syikin mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Syikin yang hatinya sudah hidup kembali. Perjalanan ke tanah suci ini sesungguhnya penawar paling baik untuk Syikin. Syukur ke hadrat Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

kaknOOr said...

Hotel Sevilla Barakat- memang cantik dan besar jarak dgn masjidil haram ialah lebih kurang 650 meter.Tetapi berbaloi-baloi kita bejln kaki utk ke masjid dgn berzikir pergi dan balik.Sepanjang jln ada kedai kiri dan kanan (tawaf kidai) sampai ke jln besar lintas turun tangga sikit masuk kat babu UMRAH 65 terus ke arah KAABAH.
Pertama kali melihat KAABAH automatic air mata akan keluar satu perasaan yg x blh digbrkan. Bersama-sama doa yg kita belajar bila pertama kli melihat KAABAH. Air mata yg keluar itu ada lah penyucian dosa2.

Tahun 2009 Hotel Sevilla Barakat digunakan oleh Tabung Haji Travel.

Shikin dlm beribu-ribu org tu blh jumpa Ahmad Arief 2 x di Madinah & Mekah.... ha ha ha mungkin itu jodoh shikin

Yeen said...

Salam tuan rmh...
bila nak sbg ni