Post Icon

Bab 4



Umi abah, Naufal dan Naim dan nenek baru balik dari surau. Umi nampak begitu gembira sekali. Berseri-seri wajah Umi. Sukanya hati Syikin melihat Umi yang begitu gembira.

“Umi dari mana ni? Semua pergi tinggalkan Syikin.”

"Kami pergi kursus Haji di surau."

"Umi tak ajak Syikin pun."

"Alah... hari ini pun kursus sudah tamat pun Kakak. Jawap Naufal. Orang sudah hendak puasa ni."

"Umi nampak happy je, Umi sudah tahu dapat pergi ke?"

"Umi dengar ustad dari Tabung Haji cakap minggu depan mereka akan confirm siapa yang akan dapat pergi atau tidak.

"Umi belum confirm lagi ke dapat pergi. Syikin dengar ada orang yang sudah confirm."

"Umi belum lagi Syikin, ramai orang masih menunggu lagi. Umi harap-harap sangat dapatlah kami semua pergi."

Syikin hanya mendiamkan dirinya, dia tidak tahu kenapa Umi begitu seronok sekali bila bercakap tentang pergi Haji. Padahal Umi dan abah sudah pergi Mekah menunaikan haji enam tahun yang lalu. Lepas balik dari mengerjakan haji Umi dan abah pergi daftar nama mereka lagi. Kali ini Umi daftar nama mereka , nenek, Nazmi, Naufal, Naim dan nama Syikin sekali. Kalau ikutkan, tahun ini tiba giliran mereka untuk mengerjakan ibadat haji.

Semasa mengetahui yang Umi telah mendaftarkan nama mereka semua, Syikin tidak ambil kisah langsung mengenainya, rasa lama lagi baru akan sampai giliran mereka untuk mengerjakan Haji. Masa itu Naim baru berumur setahun. Lagi pun Syikin rasa bukan senang hendak mengumpul wang yang begitu banyak untuk semua orang pergi mengerjakan haji. Tapi Umi tetap dengan hasrat dan azamnya, Syikin tahu Umi sudah mula menabung untuk mereka sejak mereka lahir lagi. Syikin juga sebenarnya keberatan hendak pergi. Dia belum bersedia. Tetapi Umi kata, dia letak sahaja nama Syikin. Mungkin Syikin pun tidak dapat pergi bila sampai masannya. Syikin mungkin sibuk atau sedang belajar ketika itu. Syikin boleh menolak tawaran untuk mengerjakan haji bila tiba masannya nanti.

Pada bulan Mei yang lalu, mereka sudah mula menghadiri kursus Haji. Besarlah harapan umi dan abah agar mereka dapat dipilih untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Betullah seperti jangkaan Umi, Nazmi dan Syikin kemungkinan besar tidak pergi. Nazmi akan menjalani peperiksaan ketika itu dan pada ketika itu, mereka agak Syikin pula, mungkin sudah bersuami. Lebih baik Syikin pergi ke Mekah untuk mengerjakan Haji bersama dengan suaminya, bila mereka sudah bersedia nanti.


Lagipun memandangkan harga pakej Haji yang naik tahun ini, jika ditolak nama Syikin dan Naim, duit tabungan Syikin dan Naim berdua boleh menampung mereka yang lain pergi ke Mekah dengan pakej Haji dan bukan dengan melalui Muasasah. Tentu sukar bagi nenek kalau mereka pergi dengan Mua’sasah. Syikin pun tidak kisah, kerana pada masa itu dia fikir lebih baik dia pergi dengan Ikram sebagai suami isteri. Oleh yang demikian umi dan abah hanya membawa nenek, Naufal dan Naim sahaja menghadiri kursus haji. Selepas itu Syikin mengalami tekan perasaan yang teruk akibat di tinggalkan oleh Ikram. Mereka membiarkan sahaja Syikin sendirian. Sekarang semua kursus telah pun di hadiri oleh Nenek, Naufal dan Naim. Tinggal menunggu sahaja sama ada mereka bernasib baik untuk pergi ke Mekah pada tahun ini atau tidak.


Pada masa yang sama, Syikin tengok Umi juga sedang belajar bahasa arab dengan Naufal dan kadang-kadang dengan Naim. Naufal dan Naim sejak kecil lagi menghadiri tadika Islam, kemudiannya pada waktu petang mereka pergi ke sekolah KAFA swasta. Mereka ada belajar Bahasa Arab di sana. Kalau diikutkan kecekapan berbahasa Arab Naufal dan Naim, memang jauh lebih baik dari Syikin. Syikin hanya belajar sedikit sahaja semasa di sekolah rendah dahulu. Dia malas betul pergi sekolah KAFA, selalu ambil peluang untuk ponteng dan akhirnya tidak menghabiskan pengajian KAFAnya. Setakat tahu makna `uzunun' itu ertinya telinga, `anfun' pulak makna hidung, bolehlah!

Sejak dua tiga tahun terkebelakang ini, Umi juga membawa mereka ke kelas-kelas Bahasa Arab anjuran masjid.

"Umi berangan hendak bercakap Bahasa Arab di Mekah nanti." Kata abah sambil tersenyum melihat keazaman isteri kesayanganya itu. :Padahal orang yang jaga kedai-kedai di sana pun ada yang pandai cakap melayu."

Umi tidak kisah di usik abah, dia teruskan juga usahanya untuk memahirkan dirinya.

"Ini bahasa al quran, kita mesti tahu bahasa Al quran, bahasa inggeris boleh mahir." kata Umi.

Umi selalu berlatih bercakap bahasa Arab dengan Naufal dan Naim sekarang ini. Rupa-rupanya kanak-kanak lebih mudah menguasa bahasa asing berbanding dengan orang dewasa. Naim yang baru berumur tujuh tahun itu sudah pandai sikit-sikit bercakap bahasa Arab dengan Umi dan Naufal.

Syikin juga lihat Naufal dan Naim seperti Umi dan abah, sudah bersedia untuk berangkat ke Mekah. Mungkin keranan mereka sudah selasai menghadiri kursus haji, ditambah pula, Umi sudah membelikan mereka sehelai kain Ihram tiap-tiap seorang. Sekali-sekala mereka mencuba memakai kain ihram itu, di ajar oleh abah supaya mereka jadi biasa bila mengerjakan umrah dan haji nanti. Sekarang in mereka asyik berbincang dengn abah pasal pergi haji sahaja, apa hendak niat, apa hendak buat, di mana?

Semuanya Syikin buat tidak ambil kisah sahaja. Syikin rasa macam dia belum bersedia lagi? Belum datang seru katanya. Pada Syikin, usia yang sesuai untuk pergi mengerjakan haji ialah selepas dia berumur 50 tahun nanti. Dia sudah puas melihat dan menikmati semuanya. Baru boleh bertaubat. Takkan umur begini, dia hendak jadi macam Umi, asyik terkenang-kenang ke Baitullah. Setiap kali melihat gambar Baitullah Umi menangis kerinduan. Syikin tahu Umi selalu berdoa dan berharap agar satu hari dia dapat menjadi tetamu Allah lagi Dia begitu rindu hendak ke sana lagi. Syikin tidak faham kerinduan Umi itu.  Syikin hanya tahu kerinduannya kepada Ikram.

Dia hanya berpendapat perga ke sana hanya untuk menunaikan hukum Islam yang Kelima, sesuatu yang wajib dilakukan sekali seumur hidup oleh semua umat Islam, itupun jika mampu.Sudah pergi sekali cukuplah, buat memenuhi syarat wajib sahaja. Buat apa hendak pergi ke sana setiap tahun, kalau ada duit baik pergi melawat tempat-tempat lain seperti pergi London, Paris, Rome, Gold coast ke dan macama-macam tempat lagi. Syikin memang tidak memahami umi dan juga abah. Syikin selalu tengok Umi dan abah merenung televisyen jika siaran dari Mekah, mereka merenung tanpa lepas-lepas, seperti menghilangkan kerinduan yang amat sangat. Mereka asyik berharap agar dapat kembali ke sana lagi. Apa yang membuat mereka macam tu pun entah? Syikin tidak memahaminya.

*******************************************

Umi dan abah sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tidak sabar rasanya hendak sampai ke rumah dan memberitahu berita yang baru di terima. Mereka sekeluarga terpilih juga akhirnya untuk mengerjakan haji tahun ini. Umi begitu seronok sekali, mereka sedang berbincang tentang pengurusan selanjutnya.

"Syikin dengan Nazmi macamana?"

“Nazmi memang akan menghadapi peperiksaan ada masa itu. Lagipun kita pergi penerbangan awal bermakna dalam bulan sepuluh, kita sudah berangkat.”

“Habis tu Syikin macamana?"

“Nor hendak dia ikut sekali, takkan dia hendak tinggal sorang-soran di rumah.”

“Bibik kan ada, lepas Nazmi periksa, dia akan balik.”

“Bibik sudah jumpa Nor, kalau boleh masa kita tak ada 44 hari tu, dia hendak minta cuti, bolehlah dia berraya aidil Adha di kampong. Kesihan juga Nor tengok sudah lama juga dia tidak dapat balik beraya. Nazmi pun ada program dengan kolejnya lepas peperiksaan. Tinggal Syikin seorang sahaja. Dia tu perempuan dan dalam keadaan macam tu pulak.”

“Syikin masih tidak ok lagi ke?”

“Syikin sudah ok. Jangan risau, tetapi bukan senang dia hendak lupakan semua itu macam tu sahaja. Abang ni macam tidak pernah muda pulak. Tak ingat macam mana kita masa dulu-dulu.”

Abah tersenyum mengingatkan pengalaman mereka semasa muda-muda dulu. Dia begitu cintakan Umi, tetapi mendapat tentangan keluarga. Sukar juga melalui saat-saat bila mereka berpisah.”

“Iye ke?"  Kata abah.  "Nor yang rindu sangat dengan abahkan? Nor menangis macam Syikin menangis ke bila berpisah dengan abang.”

“Aik, emak cakap abang yang merajuk dengan dia berhari-hari, berbulan-bulan. Emak cakap nasib baik, jumpa balik dengan Nor. Kalau tidak abang tidak mahu bercakap dengan dia orang langsung.” Jawab Umi dengan lembut sambil menjeling kepada abah.

Abah tersengeh, kantoi abah, “susah betul macam ni abang, Nor dan emak sudah berkonspirasi, habislah semua secret abang macam ni.”

Umi memasukkan tangan kanannya dalam genggaman tangan kiri abang dan tersenyum, “Nor pun sebenarnya macam Syikin juga, menangis berhari-hari lepas kita berpisah.”

Abah tersenyum puas mendengar pengakuan Umi. Abang mengenggam tangan Umi erat. Seronok mereka mengulangi kenangan lama mereka berdua. Syukur Alhamdullilah kini mereka berdua bahagia bersama keluarga tercinta. Kini masalahnya cuma anak sulung mereka sahaja. Masih dalam keadaan bersedih. Abah tahu, Syikin telah berusaha untuk tidak menunjukkan kesedihannya itu di hadapan mereka semua. Tetapi nyata dia bukan seperti Syikin yang dulu. Dia lebih banyak mendiamkan dirinya. Lebih banyak mendengar dari bercakap-cakap. Tetapi sekurang-kurangnya dia tidak berkurung sahaja dalam biliknya lagi seperti mula-mula dulu.

Syikin terdengar keadaan riuh rendah di ruang tamu, semuanya nampaknya hendak bercakap terutama sekali Naim. Suaranya yang jelas dan kuat kedengaran. Nampak semuanya begitu teruja sekali. Syikin rasa keletihan, dia malas hendak keluar bersama mereka. Tetapi nanti Umi tahu dia masih dalam kesedihan. Sejak mendengar orang mengatakan dia terutama jiran-jiran emak Ikram, Syikin berusaha keras agar orang tidak. Nampak dia bersedih teruatama di hadapan Umi. Umi begitu sabar bila orang mengatakan pasal Syikin. Syikin betul-betul kagum dengan Umi. Syikin lakukan ini semua untuk Umi, kadang-kala dia masih lagi gagal untuk melupakan Ikram.

Syikin keluar dari biliknya dan menyertai keluarganya di ruang tamu.

“Kenapa ni Umi, riuh rendah semu orang ni?”

“Kita semua orang dapat pergi Mekah.” Kata Naufal, tersenyum gembira. Syikin tidak tahu kenapa Naufal pun begitu teruja hendak mengerjakan Haji. Kenapa dia tidak rasa apa yang mereka rasai. Naim pun Nampak teruja, asyik bertanya macam-macam soalan.




“Sekolah Naim macamana Umi, Naim cuti ke? Best!”
“Jubah Naufal macamana? Umi belum beli lagi.”

“Jubah semua, abah rasa baik kita beli di sana sahaja, lagi murah dan cantik. Jangan bawa banyak sangat barang. Apa kita hendak boleh beli di Madinah dan Mekah nanti.”Kata abah, sambil menjeling kepada Umi, kemudian menambah. Umi mesti seronok membeli belah nanti."

Umi memuncungkan mulutnya seketika kemudian senyum, “ taklah, Nor hendak tumpukan hendak beribadat, kan emak?”

Nenek pun begitu suka juga, dapat pergi mengerjakan Haji, dia menjawab, “ beli sikit-sikit tu apa salahnya Nor.”

Mereka ketawa, suka mendengar kata nenek. Syikin hanya mendengar sahaja celoteh mereka, memaksa dirinya memberikan senyuman. Tetapi Umi tahu senyuman Syikin itu tidak sampai ke matanya, bukan senyuman dari hatinya.

"Kin, nama Kin dan Nazmi pun ada ni. Umi kena pergi batlakan nama Nazmi sebab dia akan periksa masa tu. Kin macamana. Umi tahu selama ini kita anggap Syikin tak pergikan. Tetapi nama Kin ada lagi ni, Marilah kita pergi sekali?” Ajak Umi.

“ Kin tak bersedia pun, kursus pun Kin tak pergi.”

“Insya Allah ada lagi kursus intensif dan kursus Haji Perdana. Kalau ikut pakej, Agent pakej Haji tu ada juga buat kursus." Pujuk Umi lagi.

“Entahlah Umi, Syikin …entah Umi. Syikin belum bersedia.”

“Marilah Kakak, Kita boleh belajar lagi, cd haji pun abah sudah beli.”kata Naufal.

“It is not that difficult Syikin, especially for learned person like you.” Kata abah.

"Lagipun Umi sudah cakap sebelum ini kalau Syikin dan Naz tak pergi, duit tu boleh tambah untuk pergi dengan pakej haji, tak payah melalui muaasah. Kesihan nenek nanti.” Syikin juba member pelbagai alas an. Dia sebenarnya keberatan untuk pergi mana-mana pun. Bila mereka semua pergi, senang dia tidak perlu berlakon depan sesiapa-siapa. Dia boleh tidur alam bilik dari pagi, sampai petang sampai malam, sampai besok pagi pun tidak ada sesiapa yang perduli.  Dia boleh merindui Ikram sepanjang hari tanpa siapa pun menganggu dia.

“Takkan dik Syikin hendak tinggal sorang-sorang?” tiba-tiba sahaja bibik yang sedang menghidangkan minuman mencelah.

“Bibik kan ada.”

“Bik kan balik kampong, cuti!” Seru bibik.

“Tak pe, Syikin sudah besar boleh tinggal sorang.”

“Susah hati umi kalau macam tu.”

“Umi jangan risau, nanti, syikin ajak kawan Syikin teman Syikin selama umi semua pergi Mekah. Syikin hendak Umi pergi dengan pakej haji, biar nenek selesa.”

Umi dan abah memandang antara satu sama lain,

“Pasal duit tu, abah rasa kita sudah settle. Sebenarnya abaah dan umi ada simpan sikit untuk buat kenduri Syikin, dan kami ada simpanan duit sikit,  cadangnya hendak hadiahkan  honeymoon package to Mauritania untuk Syikin masa tu. Lebih baik kita gunakan duit tu dari gunakan duit simpanan tabung haji Syikin dan Nazmi.

Terasa sakit dalam hati Syikin bila abah sebut tentang hadiah berbulan madunya. Abah dan Umi telah merancang untuk membelikan mereka pakej perlancongan ke Mauritania?

“Ikram! Ikram…..! Kenapa Ikram membuat tindakan ini, meninggalkan Syikin merana sendiri.” Kata Syikin di dalam hatinya. Tetapi Syikin hanya mendiamkan dirinya.

Umi Nampak perubahan wajah Syikin, dalam mereka gembira, Syikin masih dalam keadaan bersedih.

"Macam nilah Syikin, Fikirlah ye nak, Keputusan di tangan Syikin. Pada Umi,  Syikin elok pergi mengerjakan Haji dengan kami semua. Syikin sorang-sorang di rumah ni buat Umi susah hati nanti.   Umi tahu Syikin masih lagi menderita, mudah-mudahan di sana nanti terubat hati Syikin.”

“Syikin Ok Umi, Umi takut orang ingat Syikin tak betul ke? ”

Umi dan abah Nampak terkejut.

“Umi ingat Syikin tak tahu apa dia orang cakap.”

“Mana Syikin tahu?” Tanya abah.

“Syikin dengar ada orang cakap dengan Umi dengan telefon minggu lepas. Syikin tahu Syikin banyak menyusahkan Umi dan abah. Sampai orang kata anak abah ni sudah tidak betul otaknya. Syikin tahu juga apa mak cik Nah cakap pasal keluarga kita. Syikin ingat dia ikhlas dengan kita, hari tu Umi kata dia tak restu perkahwinan Ikram tu berlakon ajelah! Sekarang ini dia sudah berbesankan orang kaya. Sebab itu dia pulangkan semua barang hantaran kita, dan duit hantaran pun dia tidak mahu balik? Umi tak marah ke? Umi tak geramkah bila dia kata kita macam tu?”

“Bukan macam tu Syikin, Umi tak dengar cerita ini dari dia, Cuma orang lain yang menyampaikan. Kita tak tahu betul atau tidak. Kalau betul pun itu anak menantu dia. Dia hendak pergi jumpa ke atau tidak itu memang hak dia. Kita sudah tidak ada hubungan dengan mereka lagi.”

“Senang-senang sahaja mereka buat kita macam.” Syikin kembali balik ke kondisi emosinya yang asal. Air matanya mula mengalir. Kadang-kala dia tidak dapat menyembunyi isi hatinya itu. “Ikram sepatutnya kahwin dengan Kin, bukan dengan orang lain! Tak sepatutnya jadi begini. Syikin hendak Ikram!” Syikin mula melepaskan geramnya

Abah dan nenek mengelengkan kepala mereka. Rupa-rupanya Syikin masih belum pulih dari tekanan perasaan yang di alaminya itu. Kadang-kala hilang sabar juga mereka melihat keadaan Syikin. Cuma Umi sahaja yang dapat bersabar dengan karenah Syikin, yang tanpa di duga akan mengamuk.

“Syikin, sudahlah Syikin sudah tidak ada jodoh. Kita kena terima. Syikin kena kuatkan hati Syikin. Jalan Hidup Syikin masih panjang lagi.” Pujuk Umi dengan lembut. “Biarlah apa yang orang hendak katakan.” Mendengar kata-kata lembut Umi, Syikin menyesal kerana menaikkan suaranya.

“Umi, Maafkan Syikin. Kadang-kala Syikin tidak tahu apa yang harus  Syikin lakukan.”

“Itu sebab Umi kata, mari Ikut Umi ke Mekah, kita berdoa banyak-banyak di depan Kaabah, mohon pada Allah. Semoga di sana Syikin akan mendapat ketenangan jiwa.”

“Entahlah Umi, Syikin rasa berat hendak pergi. Syikin rasa biarlak Syikin tinggal di sini.” Umi, abah pergilah.”

“Macamana ni Syikin, Syikin tanyalah kawan Syikin, siap dia tu yang akan tinggal dengan Syikin masa kami tidak ada nanti. Semetara itu Umi masih harap sangat Syikin ikut kami. Umi akan pergi ke tabung haji Hari Kamis ini, untuk kansel nama Nazmi dan Syikin. Kena buat surat penjelasan pada mereka. Syikin fikirlah habis-habis sebelum itu.”

*******************************8
“Okay, boleh, nanti aku Tanya mak aku, boleh tak aku teman kau nanti.” Jawab Yati, kawan Syikin sejak dari sekolah menengah lagi. Yati juga sudah habis belajar dan sudah mula bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah bank tempatan. Syikin masih berhubung dengan Yati kerana mereka sama belajar di UITM. Tetapi bukanlah kawan yang rapat sangat kerana kawan Syikin yang paling rapatn dengannya ialah Ikram.

“Okaylah macam tu. Baru senang hati Umi aku nanti. Kalau aku tak bagi tahu siapa nama kawan aku yang akan teman aku, dia akan risau. Tetapi kau tak payahlah kena teman aku 24 jam. Kalau kau ada hal lain pun aku tak kisah.”

“Tak pe, aku suka juga, dapat duduk dengan kau. Duduk di rumah mak aku sahaja, boring juga aku.” Kata Yati.

“Yelah, dan kalau kau ada date pun tak pe… aku faham.”

“Tak adalah, mana aku ada boyfriend.” Jawab Yati.

“Eh! Kau duduk dulu, aku hendak turun ambil air untuk kau, sambil itu aku hendak Tanya emak aku sekali.” Kata Yati lagi, lantas dia keluar dari bilik itu. Mereka sedang berbual-bual di dalam bilik Yati.

Syikin duduk sementara menunggu Yati. Kemudian dia merenung Komputer Yati yang sedang terpasang. Yati dapat email rupanya. Email dari Zurina! Salah seorang kawan mereka di sekolah rendah. Yati masih lagi berhubungan dengan Zurina rupanya. Yati dan Zurina sejak dulu lagi adalah kawan rapat. Apa agaknya yang mereka bualkan?  Syikin tidak berhubungan dengan ramai kawan dari sekolah menengah dahulu, kawan rapatnya hanya Ikram. Dengan Yati pun, nasib baik mereka satu Universiti. Kawan-kawan Syikin yang lain , yang satu pengajian dengannya. Mungkin Syikin patut mula  menghubungi mereka. Syikin kena ubah sedikit cara hidupnya. Dahulu hidupnya hanya tertumpu kepada Ikram. Syikin ingin jugabtahu, sebagai kawan, apa yang mereka cerita sekarang ini. Dia mendekati skrin computer dan membaca subjek email. “wedding of the year”. Syikin tersenyum gambar Zurina kahwin ke?  Setahunya Zurina belum lagi berkahwin. 


Tanpa berfikir panjang tangan Syikin menekan email itu. Lantas dia membaca email itu



(Subject) Weddin g of the Year
yatio8187@gmail.com

wedding of the year konon, tengoklah kawan kita ni. Kesihan Syikin. Geram aku tengok . Kalau kau hendak tengok, tengoklah. Ni lah orang lelaki. Bila-bila ada gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. Ini that girl yang posted in flickr.com. Kawan-kawan Ikram terjumpa link ni, email kat aku. Aku dengar they all dah kawin in June. Kalau kau larat tahan muntah kau tengoklah. Ini adalah wedding reception yang di buat di Pusat peranginan Piha, Auckland, North Island pada minggu lepas. Ini mesti orang kaya ni.

http://www.flickr.com/photos/44890255@N06/


Zu

Berderau darah Syikin membacanya, tetapi tanpa sedar jarinya sudah menekan link ke flickr.com itu, gambar Ikram yang sedang tersenyum dan sedang memeluk seorang gadis yang cantik terpampang di hadapan matanya. Ikram  denganpakaian serba putih,  memeluk isterinya yang juga memakai gaun perkahwinan bewarna putih.

Hati Syikin bagai direntap dengan kasar, terasa sejuk meyelinapi keseluruhan tubuhnya. Tetapi Syikin paksa juga dirinya melihat gambar demi gambar di letakkan dalam Flickr.com itu. Ikram kelihatan begitu kacak, berpelukan dengan gadis yang begitu cantik berambut keperangan,  memotong kek,  menyuapkan kek kepada isterinya dan terdapat beberapa gambar yang lain seperti, gambar kedua ibu bapa Julia, emak dan bapa Ikram yang tersenyum gembira, adik beradik Ikram  sedang menikmati jamuan makan majlis  menyambut kedua pengantin tersebut dan bermacam-macam gambar  lagi. Yang jelas Ikram Nampak begitu tampan, Nampak begitu gembira sekali, Nampak begitu bahagia dengan Julia yang sentiasa di dalam pelukannyanya.

“Syikin! Syikin!” dari sayup-sayup kedengaran Yati memanggil-manggil nama Syikin. Yati segera menutup suis skrin computer itu, menarik perhatian Syikin. Wajah Syikin nampak pucat lesi.

“Syikin, aku minta maaf.” Muka Yati Nampak risau.  Syikin terpaku begitu lama didepan skrin komputer tadi tidak mendengar panggilan Yati.

“Bukan salah kau, aku yang tidak sepatutnya buka email Zurina itu.” Kata Syikin, kembali ke bumi nyata. Syikin cuba memberikan senyuman kepada Yati. Tetapi bibirnya nampak jelas mengeletar, tapi dia paksa dirinya juga supaya senyum . Dilihatnya Yati sudah mahu menangis, air mata tergenang dihujung mata Yati. Kalau Syikin biarkan, ikutkan hatinya sangat,  mereka berdua akan menangis di situ juga. Syikin tidak boleh membiarnkan dirinya menangis kerana Ikram lagi.  Syikin harus bertindak segera.

“Bukan Jodoh aku, tidak mengapalah. Biarlah mereka bahagia. …Aku rasa aku balik dulu.”

“Yati mengesatkan hujung matanyadengan tanganya dengan segera, sambil menganggukkan kepalanya.

“Oh! Ya emak aku kata Ok. Nanti aku datang temankan kau bila parents kau pergi haji nanti.” Kata Yati, mukanya menunjukan penuh simpati dengan nasib yang menimpa Syikin.

“Baiklah.”

Syikin segera beredar dari rumah Yati. Dia tidak tahan melihat orang rasa simpati  dengan dirinya. Dia tidak boleh dalam keadaan begini selamanya. Ikram sudah bahagia. Ikram sudah lupakan Syikin. Syikin sahaja yang asyik merana sendirian menrindui Ikram. Apa yang Umi katakana betul belaka. Mungkin kali ini elok Syikin ikut dan dengar cakap Umi. Syikin membuat keputusannya untuk mengikut keluarganya pergi ke Tanah Suci.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

kaknOOr said...

Shirin banggun dari kegagalan tak guna menanggis meratap tgk ...org happy je dpt isteri cantik dan kaya.
Mekah adalah tempat yg terbaik sekali....byk tempat makmul doa... terutama hari wukuf diArafah segala pintu doa terbuka..

ankndaMia said...

kay! best2!
nak tau lagi.
ape jadi kat sykin?